Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.méj] | ايميج

Definisi : (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi: Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sbg ~ di dlm sajak-sajaknya; imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan; pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.méj] | ايميج

Definisi : /iméj/ 1 gambar rupa dll yg terlintas dlm fikiran; gambaran. 2 ki pendapat orang ramai mengenai sesuatu perkara; nama baik: Sifat ini akan merendahkan ~ seseorang atau sesuatu masyarakat. berimej mempunyai imej. pengimejan proses atau perbuatan membentuk, menghasilkan dsb imej: ~ yg baik bergantung pd teknik yg sesuai dan kemahiran yg ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imej (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan gambar: bayang-bayang

2. Bersinonim dengan citra: keperibadian, sahsiah, perwatakan, pembawaan.,



Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
after imagecitra susulanimej susulan/imej lanjurimej susulan/imej lanjurKomunikasi Massa
imageimejimejimejPerubatan
eidetic imageimej eidetikimej eidetikimej eidetikPerubatan
visual imageimej visualimej visualimej visualPerubatan
retinal imageimej retinalimej retinalimej retinalPerubatan
real imageimej sebenarimej sebenarimej sebenarPerubatan
Purkinje imageimej Purkinjeimej Purkinjeimej PurkinjePerubatan
optical imageimej optikalimej optikalimej optikalPerubatan
mirror imageimej cerminimej cerminimej cerminPerubatan
memory imageimej memoriimej memoriimej memoriPerubatan
12345678910...

Kembali ke atas