Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.méj] | ايميج

Definisi : (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi: Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sbg ~ di dlm sajak-sajaknya; imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan; pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.méj] | ايميج

Definisi : /iméj/ 1 gambar rupa dll yg terlintas dlm fikiran; gambaran. 2 ki pendapat orang ramai mengenai sesuatu perkara; nama baik: Sifat ini akan merendahkan ~ seseorang atau sesuatu masyarakat. berimej mempunyai imej. pengimejan proses atau perbuatan membentuk, menghasilkan dsb imej: ~ yg baik bergantung pd teknik yg sesuai dan kemahiran yg ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imej (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan gambar: bayang-bayang

2. Bersinonim dengan citra: keperibadian, sahsiah, perwatakan, pembawaan.,



Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
imbasan retina mata sama berkesan dengan pengesanan cap jari tetapi lebih sukar dipalsukan atau disamarkan kerana melibatkan bahagian dalam badan manusia. Pengimbasan dilakukan dengan menyerakkan 8 hingga 12 titik dari imej yang diambil dan membandingkannya dengan corak retina yang sedia tersimpan untuk mengesahkan pengguna. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 40 6/6/11 4:01:38 PM 41 harga tebus semula pada masa hadapan. penandaan genang digital (Ig. digital watermarking; Br. penandaan air digital; Id. tanda tangan digital) Teknik pengkomputan bagi penandaan label sebagai bit dalam data digital termasuk teks, grafik, imej, audio atau video Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 82 6/6/11 4:01:53 PM 83 pemfrik penandaan genang digital penapisan keluar pencabulan keselamatan yang digunakan untuk mengesan dan

Kembali ke atas