Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.méj] | ايميج

Definisi : (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi: Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sbg ~ di dlm sajak-sajaknya; imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan; pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.méj] | ايميج

Definisi : /iméj/ 1 gambar rupa dll yg terlintas dlm fikiran; gambaran. 2 ki pendapat orang ramai mengenai sesuatu perkara; nama baik: Sifat ini akan merendahkan ~ seseorang atau sesuatu masyarakat. berimej mempunyai imej. pengimejan proses atau perbuatan membentuk, menghasilkan dsb imej: ~ yg baik bergantung pd teknik yg sesuai dan kemahiran yg ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imej (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan gambar: bayang-bayang

2. Bersinonim dengan citra: keperibadian, sahsiah, perwatakan, pembawaan.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
halationlingkar pinaKesenianTiada1. Lingkaran yang terlihat di sekeliling imej-imej lampu.,2. Rebakan cahaya yang menggambarkan watak orang suci.
digital image processing softwareperisian pemprosesan imej digitalTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang menggunakan algoritma komputer untuk melakukan pemprosesan imej pada imej digital. Pemprosesan imej digital merupakan subbidang pemprosesan isyarat digital. Pemprosesan imej digital mempunyai beberapa kelebihan berbanding pemprosesan jenis analog. Antara kelebihannya ialah membenarkan algoritma yang lebih meluas yang diaplikasikan kepada data input dan boleh mengelakkan masalah seperti kemunculan gangguan dalam pemprosesan. Contoh pemprosesan imej digital yang kerap digunakan ialah penyuntingan imej digital.
chroma keykunci kromaTeknologi MaklumatTiadaTeknik pertindihan imej dengan imej lain yang menggunakan warna untuk pendiskriminasian imej. Lihat kunci warna.
color keykunci warnaTeknologi MaklumatTiadaTeknik untuk menindih imej video kepada imej video lain. Contohnya untuk membuatkan bas terapung di laut. Imej bas diletakkan di atas latar belakang biru. Kemudian imej bas dan lautan diimbas serentak. Lautan akan dibuat supaya kelihatan apabila latar belakang (biru) wujud dalam imej bas. Lautan tidak kelihatan atau terpadam apabila bas terpampang (tanpa latar belakang).
mattingtindanKomunikasiTiadaTeknik penghasilan imej secara optik dan digital dengan cara menggantikan sesuatu imej dengan imej yang lain.
global imageimej sejagat/imej globalKomunikasiTiadaTiada
BMP mappingpemetaan BMPTeknologi MaklumatTiadaKaedah pemetaan untuk mencipta atau menyunting imej menggunakan format imej BMP. Format imej BMP berasaskan peta bit (Bit MaP) untuk persekitaran Windows. Format ini menyediakan 2, 16, 256 atau 16 juta warna (warna 1-bit, 4-bit, 8-bit dan 24-bit).
registrationpendaftaran; penindihan tepatKejuruteraanTiada1. Penindihan tepat: Pemadanan atau penindihan yang tepat bagi dua atau lebih imej, misalnya tiga warna pada kelir penerima televisyen warna.,2. Penjajaran kedudukan relatif kepada rujukan atau koordinat tertentu, seperti penjajaran lubang-lubang pada kad tertebuk, atau menempatkan imej-imej pada peranti pengecaman aksara optik.,3. Bahagian penunu yang mengarahkan aliran udara yang digunakan dalam proses pembakaran.
kaleidoscopic imageimej kaleidoskopKesenianTiadaImej yang menyerupai imej dalam kaleidoskop.
image mappeta imejTeknologi MaklumatTiadaImej grafik dalam laman web yang membolehkan pengguna mengklik pada bahagian imej yang telah dipautkan ke laman web tertentu. Contohnya sekiranya pengguna menggunakan imej anatomi manusia , apabila pengguna mengklik bahagian jantu
12345678910...

Kembali ke atas