Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mé.jan] | ايميجن

Definisi : (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imejan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eidetic imageryimejan eidetikPsikologiPsikologi UmumImejan yang berlaku apabila imej visual individu kelihatan begitu jelas sehingga boleh dikekalkan sekurang-kurangnya 30 saat. Imejan ini berbeza daripada imej ingatan dalaman yang dibayangkan dengan menutup mata. Imejan ini juga boleh dipancarkan kepada permukaan biasa seperti kertas kosong. Imejan tersebut seperti imej lepas yang dirasai selepas melihat tanda neon yang sangat cerah. Ingatan jenis eidetik biasanya berlaku kepada kanak-anak. Lapan daripada 100 kanak-kanak dikatakan akan mengalami imej eidetik.
imagismimagismeKesusasteraanTiadaSuatu gerakan dalam kalangan penyair yang menampilkan imejan yang konkrit, jelas dan tertumpu pada puisi bebas. Penampilan imejan dilakukan tanpa komen oleh penyair itu sendiri. Imejan ini melahirkan respons intelektual dan emosional yang kompleks dalam sekilas masa. Contoh puisi imagisme ditemui dalam �In a Station of the Metro� oleh Ezra Pound. Gerakan imagisme popular di England dan Amerika antara tahun 1912-1917 sebagai tentangan terhadap puisi pada penghujung abad ke-19 yang dianggap sentimental oleh Ezra Pound, pengasas gerakan ini. Gerakan imagisme dipengaruhi oleh sajak haiku Jepun, sejenis puisi lirik yang mengutarakan pemerhatian penyair terhadap objek atau pemandangan alam. Secara umumnya, imagisme dikatakan menyumbang kepada permulaan sajak moden.
imageryimejanKesusasteraanTiadaPenggunaan beberapa imej yang terhimpun dalam karya sastera. Contohnya, penggunaan simile dan metafora dalam penulisan puisi. Tujuannya untuk mewujudkan gambaran mental, rasa sesuatu benda, situasi, aksi atau keadaan. Imejan merupakan unsur penting dalam karya puisi, naratif, dan drama. Lihat juga metafora, simile.
computed radiography (CR)radiografi terhitung (CR)Teknologi Maklumate-KesihatanTeknologi yang digunakan untuk mengubah sistem analog pada radiografi konvensional kepada radiografi digital. CR menggunakan piring imejan fosfor yang fleksibel untuk menangkap imej digital. Apabila piring imejan didedahkan kepada sinar-X atau sinar gamma, lapisan fosfor pada piring akan menyimpan imej tersebut. Piring imejan ini seterusnya dibaca oleh pengimbas dan cahaya laser yang terfokus akan mengeluarkan imej yang tersimpan dalam bentuk cahaya foton. Cahaya ini akan dikumpul dan ditukarkan kepada isyarat digital yang akan diproses dan dipaparkan pada komputer.
imageryimejanKesusasteraanTiadaHimpunan imej dalam sesebuah atau sebahagian karya sastera.
imageryimejanGeografiTiadaTiada
imageryimejanKesusasteraanTiadaTiada
imageryimejanKesenianTiadaTiada
cylindrical imageryimejan silinderFizikTiadaTiada
kinesthetic imageryimejan kinestetikPendidikanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas