Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB tiruan: sutera ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imitasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
imitationimitasiKesusasteraanTiadaProses peniruan dalam karya sastera. Proses ini berdasarkan anggapan bahawa sastera ialah suatu percubaan untuk meniru alam seperti yang disebut oleh Aristotle sebagai mimesis. Sastera dikatakan bertindak sebagai cermin yang memancarkan realiti kehidupan manusia. Pandangan ini popular sehingga penghujung abad ke-18 apabila konsep peniruan ini mula dipertikaikan. Sesetengah pengkritik menganggap bahawa setiap peniruan akan melibatkan proses mediasi disebabkan oleh faktor ideologi atau kepentingan estetik. Justeru, imitasi bukanlah peniruan yang berlaku tanpa gangguan, tetapi imitasi bersifat amat subjektif. Imitasi berasal daripada perkataan Latin bermaksud �salinan atau tiruan�. Lihat juga mimesis.
imitationimitasiBiologiEkologiFenomenon pembelajaran yang berlaku apabila individu atau kumpulan meniru perlakuan individu atau kumpulan lain.
imitationimitasiKesenianDrama dan Teater1. Teori Aristotle yang merujuk lakonan sebagai peniruan kehidupan. 2. Perlakuan yang meniru tingkah laku dan peristiwa daripada kehidupan sebenar. Perlakuan ini terhasil melalui proses saringan dramatik.
imitation actinglakonan imitasiKesenianDrama dan TeaterGaya lakonan yang mengambil dan meniru secara langsung daripada pengucapan atau perlakuan manusia lain.
ricercarericercareMuzikTiada

 Muzik instrumental terutamanya bagi alat organ pada abad ke-16 dan abad ke-17. Ricercare bertekstur polifoni dalam gaya contrapunctus imitasi dan merupakan sejenis karya latihan yang menekankan sesuatu teknik persembahan atau kaedah gubahan. Terdapat dua jenis ricercare, iaitu ricercare prelad/ricercare rhapsodi dan ricercare imitasi. Ricercare prelud berperanan sebagai karya pengenalan kepada sesuatu karya utama seperti motetus. Manakala ricercare imitasi pula, merupakan leluhur kepada juga Zaman Barok. Contohnya, Ricercar dapo il Credo oleh Frescobaldi (1583-1643) dan a ricercar a 6, a ricercar a 3 dalam Das Musikalische Opfer, BWV 1079 oleh J.S. Bach (1685-1750). Sinonim ricercar, ricercata.

dramatic conventionkelaziman dramatikKesusasteraanTiadaImitasi kehidupan tetapi pentas dan halaman bercetak melahirkan kesulitan fizikal untuk mimitasi tersebut. Pelbagai cara dan alatan digunakan sebagai gantian kepada realiti di dalam drama, audiens mestilah menerimanya sebagai sesuatu yang benar walaupun mereka tahu itu palsu.
Madras handkerchieffabrik MadrasKesenianTiada1. Fabrik kapas tenun tangan yang dicelup dengan pelbagai warna untuk membuat pakaian di Madras, India.,2. Fabrik imitasi yang benang pakannya terdiri daripada yarn mentah, manakala benang lungsinnya dicelup dengan warna luntur. Warna luntur itu akan menyerap ke benang pakan semasa kemasan.
platonic criticismkritikan platonikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang memberikan tumpuan pada aspek kegunaan sastera seperti peranannya dalam mencapai tujuan moral dan agama. Kritikan ini tidak mementingkan nilai intrinsik karya, sebaliknya menitikberatkan nilai ekstrinsiknya. Kritikan ini berdasarkan falsafah plato (pada abad keempat SM). Dalam perspektif Platonisme, dunia zahir ialah bayarangan kepada dunia yang ideal. Kebenaran perkara dan objek material dalam dunia zahir ialah idea tentang perkara objek material tersebut atau sebaliknya. Justeru, seperti dunia zahir yang merupakan imitasi bagi dunia yang ideal, maka seni (termasuklah puisi) ialah imitasi bagi dunia zahir. Dalam konteks ini, puisi tetap merupakan bayangan kebenaran, walaupun sebenarnya kekeliruan. Lihat juga kritikan mimetik, mimesis.
madrigalmadrigalMuzikTiada

 Karya vokal Itali yang berdasarkan teks sekular. Madrigal merupakan genre yang popular pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Madrigal digubah bagi dua hingga lapan lapis suara dan bertekstur polifoni imitasi. Kebanyakan madrigal ialah karya a cappella. Madrigal pada abad ke-16 diiringi basso continuo.


Kembali ke atas