Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pas] | ايمڤس

Definisi : Jk lunas, jelas, selesai dibayar (hutang): dia senang hati kerana hutangnya telah ~; mengimpas, mengimpaskan melunaskan, menjelaskan, membayar (hutang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata impas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kempaskempasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Koompassia malaccensis. daripada famili Leguminosea. Nama tempatannya di Sabah ialah impas, dan di Sarawak ialah menggris. Gubal kayu kempas berwarna putih atau kuning pucat, dan amat berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah jambu semasa segar, dan bertukar menjadi merah jingga atau coklat tua. Tekstur kayunya kasar dan sekata, kecuali pada bahagian yang mengandungi floem terkandung, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 1120 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu kempas agak sukar diproses, lambat mengering dan mudah retak, terutamanya pada bahagian yang mengandungi floem terkandung, tidak tahan tetapi mudah diawet. Kayu yang diawet sesuai digunakan untuk kerja binaan berat, tiang, rasuk, jambatan, dermaga, dan alas landasan kereta api.

Kembali ke atas