Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pé.ria.lis] | ايمڤيرياليس

Definisi : (impérialis) pihak (orang, negara dsb) yg mengamalkan faham imperialisme: perasaan benci kpd ~ meluap-luap di dada pejuang-pejuang kemerdekaan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.pé.ria.lis] | ايمڤيرياليس

Definisi : /impérialis/ bangsa atau negara yg menjajah negara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imperialis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
imperialistimperialisSejarahTiadaTiada
imperialist hyenaanjing imperialisSejarahTiadaTiada
lackeys of imperialismpecacai imperialisSejarahTiadaTiada
People's Anti-Imperialist Front of IndochinaBarisan Anti-Imperialis Rakyat IndochinaSejarahTiadaTiada
hemicryptophytehemikriptofitBiologiEkologiTumbuhan yang membentuk putik bunga di permukaan atau di bawah tanah, iaitu di tempat yang terlindung, misalnya kantan, Phaeomeria imperialis.
imperialismfahaman imperialSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar perluasan terhadap kedaulatan sesuatu negara atau wilayah negara. Fahaman ini merupakan penjajahan bentuk baru, iaitu dengan cara memperluas daerah kekuasaan sama ada melalui kekerasan ketenteraan atau kekuatan ekonomi. Imperialis dilakukan oleh negara atau aktor bukan negara yang menjalankan dasar imperialisme dengan mendominasikan sistem perhubungan antarabangsa melalui pelbagai bentuk, antaranya melalui penguasaan ekonomi dan perkhidmatan.
cosmopolitan writingpenulisan kosmopolitanKesusasteraanTiadaBentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya berbentuk analogi, sejajar serta sejagat merupakan suatu ciri yang ketara dalam penulisan kosmopolitan. Penulisan ini turut memaparkan isu masyarakat pendatang dan kesulitan yang dihadapi mereka untuk menyesuaikan diri dalam suatu budaya dan tempat asing. Contohnya, karya Colin MacInnes berjudul City of Spades (1957). Karya ini membicarakan persoalan remaja dan budaya pendatang kulit hitam di London. Antara penulis kosmopolitan Inggeris yang terkenal termasuklah Isabel Allende, bharati Mukherjee, Derek Walcott, Mario Vargas Llosa dan Gabriel Garcia Marquez. Istilah cosmopolitan berasal daripada gabungan bahasa Yunani kosmos bermaksud �dunia atau alam semesta� dan politicos bermaksud �rakyat�.

Kembali ke atas