Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata import 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah tepat terjemahan saya seperti berikut:- (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri (4) Mission Participation Incentive = Galakan Penyertaan Misi Nota: Program-program di atas berkaitan import kayu-kayan dari luar ke Semenanjung Malaysia oleh sebuah agensi kerajaan.(1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import
(2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung
(3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri
Kami bersetuju dengan ketiga-tiga cadangan terjemahan di atas. Cadangan terjemahan keempat dibetulkan kepada Galakan Misi Penyertaan kerana misi penyertaan membawa makna yang lebih tepat berbanding dengan penyertaan misi. Walau bagaimanapun perkara ini perlulah dilihat semula oleh pihak tuan.
(4) Mission Participation Incentive = Galakan Misi Penyertaan
Penyemakan dan penterjemahan08.12.2017
EJAAN BAHASA MELAYU :- 1. IMPORT @ IMPOTimportMakna30.07.2007
Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 796), kata 'ianya' dimasukkan/dirakamkan kerana kata ini hadir dalam penggunaan masyarakat penutur bahasa Melayu, khususnya dalam karya-karya klasik. Sila lihat contoh penggunaan kata 'ianya' yang diberikan dalam kamus ini. Bandingkan juga contoh penggunaan bagi kata 'ia'. Dalam kamus dewan perdana, contoh "ianya" juga merangkumi penggunaan ayat moden yang menyatakan itu ialah kata ganti diri bukan manusia walaupun sudah terang-terangan pakar bahasa menyatakan ianya ialah betuk bahasa yang salah, mohon pencerahan. Menteri itu mencadangkan ianya diseragamkan dengan kaedah penilaian barangan import.

1. Pemasukan kata ianya berserta takrif dan contoh perkataan adalah bertujuan perakaman penggunaan kata tersebut.

2.Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 104) tidak menyenaraikan ianya sebagai kata ganti nama diri orang ketiga. Namun buku ini menyatakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

3. Nahu Melayu Mutakhir (DBP, 2009:91) menyatakan bahawa ianya merupakan ganti nama diri bukan manusia (kata nama abstrak) yang digunakan dalam teks-teks lama. Menurut buku ini lagi, kata ianya muncul semula dalam tahun 1960-an.

4. Analisis korpus terkini mendapati bahawa penggunaan kata ianya terdapat dalam teks moden yang ilmiah walaupun pengajaran di sekolah telah menyatakan bentuk ini adalah salah. Hasil analisis mendapati bahawa makna bagi kata ianya adalah seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:796).

Makna26.08.2022
Mohon untuk menyemak terjemahan ( Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu) yang dilampirkan untuk penerbitan JabatanPenambahbaikan yang dicadangakan adalah seperti yang berikut:

Penerbitan Perangkaan Muktamad Perdagangan Luar Negeri, Malaysia bagi tahun 2015 dikeluarkan dalam satu jilid. Ia mengandungi maklumat perdagangan bagi tahun rujukan 2014. Penerbitan ini memaparkan nilai eksport, import dan eksport semula berdasarkan Standard International Trade Classification, Revision 4, (S.I.T.C. Rev. 4), mengikut Seksyen, Bahagian dan Kumpulan Barangan negara asal dan destinasi barangan utama/terpilih, Klasifikasi Kategori Ekonomi Umum (BEC) dan penggunaan akhir. Maklumat terperinci pada peringkat 9/10 – butiran tarif digit [Sistem Berharmoni (SB)/ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (ATHN)/SITC yang setara] boleh juga dibekalkan kepada pengguna atas permintaan.1">
Penyemakan dan penterjemahan21.09.2016

Kembali ke atas