Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pré.sio.nis.me] | ايمڤريسيونيسمى

Definisi : (imprésionisme) teknik atau gaya dlm sastera, lukisan, atau muzik yg menyatakan perasaan dgn cara yg kabur dan bukan dgn perincian yg realistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata impresionisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
post-impressionismpost-impresionismeKesenianTiadaPergerakan seni lukis Eropah moden yang wujud selepas zaman Impresionisme di Perancis pada lewat abad kesembilan belas.
impresionismimpresionismeKesusasteraanTiadaGaya penulisan sastera atau persepsi penulis yang dipaparkan dengan jelas pada plot dan watak dalam cerita. Gaya ini mula mendapat perhatian dan berpengaruh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Setiap lakaran penulis dibuat dengan terperinci, terutamanya apabila penulis ingin menggambarkan sesuatu watak di sesuatu tempat dan masa. Lakaran terperinci ini amat berbeza berbanding dengan gambaran objektif seseorang pemerhti yang kurang berminat dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Impresionisme dipinjamkan daripada dunia seni lukisan yang merujuk kepada suatu gaya melukis yang mula berpengaruh di Perancis pada pertengahan abad ke-19. Antara pelukis Barat yang terkenal mengamalkan gaya ini ialah Edouard Manet, Claude Monet, Edgar Degas dan Pierre Auguste Renoir. Ciri ketara dalam lukisan mereka ialah gaya mewujudkan sesuatu kesan ke atas benda lain, seperti memberikan penekanan kepada kesan cahaya ke atas objek yang dilukis. Hasilnya ialah suatu seni lukisan yang amat berbeza daripada lukisan yang dibuat dari sudut pandangan yang objektif. Fiksyen impresionistik bermula sebagai reaksi segolongan penulis ke atas gambaran kaku dan objektif dalam karya penulis naturalistik. Penekanan penulis naturalistik adalah melaui gambaran pengalaman yang dilalui oleh ahli masyarakat yang dilihat dari sudut yang objektif dan bukannya pengalaman individu yang lebih subjektif. Gaya impresionistik membebaskan penulis untuk membuat suatu gambaran terperinci terhadap watak dalam cerita sehingga berupaya memberikan penelitian mengenai pembentukan psikologi watak tersebut. Penulis Barat yang terkenal menggunakan gaya impresionistik ialah Joseph Conrad, Henry James dan Virginia Woolf.
impressionismimpresionismeKesusasteraanTiadaTiada
impressionismimpresionismeKesusasteraanTiadaTiada
impressionismimpresionismeKesenianTiada1. Stail lukisan cat di Perancis pada tahun 1870-an yang mengutamakan kesan suasana atmosfera.
impressionismimpresionismeKesenianDrama dan TeaterAliran yang menekankan pengucapan jiwa hasil daripada kesan peresapan seseorang karyawan terhadap objek yang dilihat dan kemudian dizahirkan semula dalam karyanya. Pengamal aliran ini menonjolkan watak, adegan atau suasana melalui sesebuah karya sebagaimana yang terkesan dalam diri pengarang pada waktu tertentu dan daripada perspektif penting yang dilihatnya dengan tidak menggambarkan bentuk objek secara realistik. Aliran ini bermula dalam bidang seni lukis pada pertengahan abad ke-19 di Perancis. Lihat jugaekspresionisme.
impressionismimpresionismeKesusasteraanPuisiGaya penciptaan dalam puisi moden. Lazimnya penyair mencitrakan sesuatu suasana atau peristiwa lebih mengikut perasaannya sendiri.
impressionismimpresionismeKesenianTiadaFahaman muzik.
impressionist periodzaman impresionismeKesenianTiadaAliran perkembangan muzik.
intimismintimismeKesenianTiadaLukisan impresionisme yang menggambarkan kehidupan harian di dalam rumah.
12

Kembali ke atas