Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.si.tu] | ين سيتو

Definisi : (Latin) berada pd kedudukan asal atau normal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata in situ

Puisi
 

Di mana deru di situ ribut,
     Ribut diiring angin utara;
Garam saya air di laut,
     Tak masin banyak sikit pun ada.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Tidak berasak tunas dari tunggul.

Bermaksud :

Tidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
in situ conservationpemuliharaan in situPertanianAgroteknologiPemuliharaan baka tumbuh-tumbuhan yang dilakukan di dalam kawasan semula jadi yang dilindungi daripada pencerobohan. Pemuliharaan in situ dilakukan bertujuan untuk menambah baik serta mengekalkan varieti asli di sesuatu kawasan. Contohnya, satu kawasan hutan simpan yang telah ditetapkan menjadi kawasan pemulihaaan in situ, dan sebarang tumbuhan dari kawasan tersebut tidak dibenarkan untuk dibawa keluar ke tempat yang lain. Ini bertujuan untuk memelihara spesies yang terdapat secara semula jadi di kawasan tersebut. Contoh lain ialah dusun yang telah lama ditanam dengan pelbagai varieti buah-buahan. Dusun ini boleh juga dianggap sebagai kawasan pemuliharaan in situ bagi baka buah-buahan.
in-situ constructionbinaan di-situKejuruteraanKejuruteraan BangunanBinaan yang dilakukan di tapak dengan menggunakan konkrit tuang di-situ bersama acuan, dan apabila ia mengeras akan terbentuklah struktur binaan mengikut bentuk acuan.
cast in-situ concretekonkrit tuang di-situKejuruteraanKejuruteraan Bangunanlih. konkrit di-situ.
cast-in-situtuang di-situKejuruteraanKejuruteraan BangunanKaedah pengkonkritan yang menggunakan konkrit atau lepa yang dituangkan terus ke tempat peletakan, khususnya di dalam pemasangan cerucuk gerek. Tuang di-situ berlawanan dengan konkrit pratuang sama ada daripada segi pemasangan tetulang mahupun kaedah pengkonkritan yang dijalankan.
in-situ concrete slabpapak konkrit tuang di-situKejuruteraanKejuruteraan BangunanPapak konkrit yang dituang terus ke struktur pembinaan dengan menggunakan acuan. Papak konkrit tuang di-situ berbeza dengan papak konkrit pratuang oleh kerana ia memerlukan masa yang lebih lama ketika di tapak terutama di dalam penyediaan acuan, kerja topang, pengkonkritan dan pengawetan.
cast in-situ concrete footingalas konkrit tuang di-situKejuruteraanKejuruteraan Bangunanalas konkrit yang dibina terus pada struktur binaan dengan menggunakan konkrit tuang di-situ dan acuan.
in-situ concretekonkrit di-situKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang dituangkan di tempat peletakan dan bertindak sebagai satu struktur kekal. Konkrit ini berbeza dengan konkrit pratuang yang akan dipindahkan ke tempat pembinaan apabila konkrit tersebut cukup keras. Ia juga dikenali sebagai konkrit tuang di-situ.
in situ conservationpemuliharaan in situHerbaBotani dan BioteknologiProgram pengurusan sumber genetik tumbuhan dalam habitat semula jadi seperti di hutan paya bakau, batu kapur, hutan gunung dan tanah pamah. Program ini penting untuk melindungi sumber genetik asal di persekitaran semula jadi. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan sumber penyelidikan, penanaman semula, pembiakan dan pembiakbakaan. Contoh pemuliharaan in situ ialah pemuliharaan di taman negara.
in situin situGeografiTiadaTiada
in situin situGeologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas