Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nai] | ايناي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya digunakan sbg bahan pemerah kuku dan jari), pacar, Lawsonia inermis; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok renek), kelampadang, mata keli, Vaccinium malaccense; b) = ~ bukit sj tumbuhan (herba), Impatiens griffithii; ~ paya sj tumbuhan (herba) temegun, Hydrocera trifiora; 2. benda utk memerahkan kuku (dibuat drpd daun inai): ~ yg akan digunakan dlm istiadat bersanding telah siap digiling; menempek ~ = meletakkan ~ membubuh inai pd kuku dan jari; tari ~ tari piring; ~ tertepung, kuku tanggal prb kerja telah siap tetapi faedahnya tidak didapat kerana berlaku sesuatu; bagai ~ dgn kuku prb persahabatan yg sangat karib (tidak pernah bercerai); kaki tertarung ~ padahannya, mulut terdorong emas padahannya prb mesti berani menanggung akibat janji atau perbuatan; berinai memerahkan kuku dan jari dgn menggunakan inai, memakai inai: setelah selesai istiadat ~ itu, hidangan pun diangkat orang; ~ besar menempek inai pd malam menjelang hari perkahwinan (disaksikan oleh orang jemputan); ~ curi menempek inai yg hanya disaksikan oleh keluarga saja; menginai menempek inai pd kuku dan jari: pengantin itu akan diinai oleh keluarganya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nai] | ايناي

Definisi : nama sj pokok yg daunnya dpt digunakan utk memerahkan kuku, rambut dll, Lawsonia inermis. berinai memerahkan kuku dll dgn inai; membuat kuku jadi merah dgn menggunakan inai: Istiadat ~ dijalankan pd waktu malam. menginai membubuh atau melekatkan inai pd kuku, jari, dll: Asiah ~ jari-jari tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inai

Puisi
 

Bunga melur bunga inai,
     Biji selasih di dalam timba;
Seberang alur seberang sungai,
     Kerana kasih kuturut juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai inai dengan kuku.

Bermaksud :

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INAI UMUM 
TERINAI

TERINAI, tarian Melayu tradisional berasal daripada gabungan perkataan ‘tari’ dan ‘inai’. Tarian terinai amat popular di negeri Perlis semasa pemerintahan Raja Syed Saffi Jamalullail (1837 – 1905). Selain di Perlis, tarian ini juga terdapat di negeri Kelantan dan Perak. Ia merupakan tarian istana, ditarikan pada hari berkhatan anak orang besar-besar atau ditarikan oleh dayang-dayang istana ketika mengutip bunga di dalam taman.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas