Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nai] | ايناي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya digunakan sbg bahan pemerah kuku dan jari), pacar, Lawsonia inermis; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok renek), kelampadang, mata keli, Vaccinium malaccense; b) = ~ bukit sj tumbuhan (herba), Impatiens griffithii; ~ paya sj tumbuhan (herba) temegun, Hydrocera trifiora; 2. benda utk memerahkan kuku (dibuat drpd daun inai): ~ yg akan digunakan dlm istiadat bersanding telah siap digiling; menempek ~ = meletakkan ~ membubuh inai pd kuku dan jari; tari ~ tari piring; ~ tertepung, kuku tanggal prb kerja telah siap tetapi faedahnya tidak didapat kerana berlaku sesuatu; bagai ~ dgn kuku prb persahabatan yg sangat karib (tidak pernah bercerai); kaki tertarung ~ padahannya, mulut terdorong emas padahannya prb mesti berani menanggung akibat janji atau perbuatan; berinai memerahkan kuku dan jari dgn menggunakan inai, memakai inai: setelah selesai istiadat ~ itu, hidangan pun diangkat orang; ~ besar menempek inai pd malam menjelang hari perkahwinan (disaksikan oleh orang jemputan); ~ curi menempek inai yg hanya disaksikan oleh keluarga saja; menginai menempek inai pd kuku dan jari: pengantin itu akan diinai oleh keluarganya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nai] | ايناي

Definisi : nama sj pokok yg daunnya dpt digunakan utk memerahkan kuku, rambut dll, Lawsonia inermis. berinai memerahkan kuku dll dgn inai; membuat kuku jadi merah dgn menggunakan inai: Istiadat ~ dijalankan pd waktu malam. menginai membubuh atau melekatkan inai pd kuku, jari, dll: Asiah ~ jari-jari tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inai

Puisi
 

Bunga melur bunga inai,
     Biji selasih di dalam timba;
Seberang alur seberang sungai,
     Kerana kasih kuturut juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai inai dengan kuku.

Bermaksud :

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Corak inai penyeri tangan pengantinHidayah MohammadBerita Harian05.09.2008
Tarian inai semakin lenyapHapizah AzizUtusan Malaysia03.10.1995
Tarian Inai akan hilang?Aripin SaidBerita Minggu01.03.1981
Tarian Inai hidup kembaliMahmood AhmadBerita Minggu25.05.1980
Tarian Inai dilupakan tidak..Abdul KadirBerita Harian14.04.1982
Tarian Ceracap Inai perlu dikembangakanShamsiah SaninWarta Tebrau13.05.1982
Jong Jong Inai bangkitkan semangat tentang penjajahIna Yt NajidBerita Harian20.01.1987
Pencinta budaya disyor selamatkan 'tari inai'Wan Nasir Wan AbasBerita Harian28.02.1977
Harga buku teks keluaran Dewan Bahasa tetap seperti tahun 76Nun InaiUtusan Melayu15.11.1978

Kembali ke atas