Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nai] | ايناي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya digunakan sbg bahan pemerah kuku dan jari), pacar, Lawsonia inermis; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok renek), kelampadang, mata keli, Vaccinium malaccense; b) = ~ bukit sj tumbuhan (herba), Impatiens griffithii; ~ paya sj tumbuhan (herba) temegun, Hydrocera trifiora; 2. benda utk memerahkan kuku (dibuat drpd daun inai): ~ yg akan digunakan dlm istiadat bersanding telah siap digiling; menempek ~ = meletakkan ~ membubuh inai pd kuku dan jari; tari ~ tari piring; ~ tertepung, kuku tanggal prb kerja telah siap tetapi faedahnya tidak didapat kerana berlaku sesuatu; bagai ~ dgn kuku prb persahabatan yg sangat karib (tidak pernah bercerai); kaki tertarung ~ padahannya, mulut terdorong emas padahannya prb mesti berani menanggung akibat janji atau perbuatan; berinai memerahkan kuku dan jari dgn menggunakan inai, memakai inai: setelah selesai istiadat ~ itu, hidangan pun diangkat orang; ~ besar menempek inai pd malam menjelang hari perkahwinan (disaksikan oleh orang jemputan); ~ curi menempek inai yg hanya disaksikan oleh keluarga saja; menginai menempek inai pd kuku dan jari: pengantin itu akan diinai oleh keluarganya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nai] | ايناي

Definisi : nama sj pokok yg daunnya dpt digunakan utk memerahkan kuku, rambut dll, Lawsonia inermis. berinai memerahkan kuku dll dgn inai; membuat kuku jadi merah dgn menggunakan inai: Istiadat ~ dijalankan pd waktu malam. menginai membubuh atau melekatkan inai pd kuku, jari, dll: Asiah ~ jari-jari tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inai

Puisi
 

Bunga melur bunga inai,
     Biji selasih di dalam timba;
Seberang alur seberang sungai,
     Kerana kasih kuturut juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai inai dengan kuku.

Bermaksud :

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Inai tertepung, kuku tanggal.Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. tertepung = sudah digiling.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai inai dengan kuku.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya.Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lesung dengan antan.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kuku dengan isi (= daging).Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas