Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nai] | ايناي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya digunakan sbg bahan pemerah kuku dan jari), pacar, Lawsonia inermis; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok renek), kelampadang, mata keli, Vaccinium malaccense; b) = ~ bukit sj tumbuhan (herba), Impatiens griffithii; ~ paya sj tumbuhan (herba) temegun, Hydrocera trifiora; 2. benda utk memerahkan kuku (dibuat drpd daun inai): ~ yg akan digunakan dlm istiadat bersanding telah siap digiling; menempek ~ = meletakkan ~ membubuh inai pd kuku dan jari; tari ~ tari piring; ~ tertepung, kuku tanggal prb kerja telah siap tetapi faedahnya tidak didapat kerana berlaku sesuatu; bagai ~ dgn kuku prb persahabatan yg sangat karib (tidak pernah bercerai); kaki tertarung ~ padahannya, mulut terdorong emas padahannya prb mesti berani menanggung akibat janji atau perbuatan; berinai memerahkan kuku dan jari dgn menggunakan inai, memakai inai: setelah selesai istiadat ~ itu, hidangan pun diangkat orang; ~ besar menempek inai pd malam menjelang hari perkahwinan (disaksikan oleh orang jemputan); ~ curi menempek inai yg hanya disaksikan oleh keluarga saja; menginai menempek inai pd kuku dan jari: pengantin itu akan diinai oleh keluarganya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nai] | ايناي

Definisi : nama sj pokok yg daunnya dpt digunakan utk memerahkan kuku, rambut dll, Lawsonia inermis. berinai memerahkan kuku dll dgn inai; membuat kuku jadi merah dgn menggunakan inai: Istiadat ~ dijalankan pd waktu malam. menginai membubuh atau melekatkan inai pd kuku, jari, dll: Asiah ~ jari-jari tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inai

Puisi
 

Bunga melur bunga inai,
     Biji selasih di dalam timba;
Seberang alur seberang sungai,
     Kerana kasih kuturut juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai inai dengan kuku.

Bermaksud :

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
daun inaidaun inaiKesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk daun inai.
Lawsonia inermisInaiPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Lythraceae adalah jenis renik. Batangnya licin dan berwarna kelabu. Daunnya kecil, berbentuk elips dengan tangkai daun pendek. Jambak bunganya jenis panikel, bunga kecilnya, berwarna putih atau merah jambu dan berbau wangi. Buahnya bulat dan kecil. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan dan kebudayaan. Daun inai digunakan oleh masyarakat arab, india sehingga ke Asia sebagai pewarna dan tonik rambut serta mewarna tangan dan kaki. Air rebusan daun bersama bunga diminum untuk merawat demam kuning, keputihan, sakit perut, sakit tekak, ulser dan mulut berbau. Daun yang telah dilumatkan ditampal untuk mengubati cagu dan luka.
Lawsonia inermisinaiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Lythraceae jenis renek. Batangnya licin dan berwarna kelabu. Daunnya kecil, berbentuk elips dengan tangkai daun yang pendek. Jambak bunganya jenis panikel, bunganya kecil, berwarna putih atau merah jambu dan berbau wangi. Buahnya bulat dan kecil. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan kebudayaan. Daun inai digunakan oleh masyarakat Arab, India dan Asia sebagai pewarna dan tonik rambut serta untuk mewarna kuku tangan dan kaki. Air rebusan daun bersama bunga diminum untuk merawat demam kuning, keputihan, sakit perut, sakit tekak, ulser dan mulut berbau. Daun yang telah dilumatkan ditampal untuk mengubati cagu dan luka.
henna tree (Lawsonia inermis)pokok inai (Lawsonia inermis)PertanianTiadaTiada
ellipseelipsHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang bujur panjang, mengecil di kedua-dua hujung dan lebar di bahagian tengah. Contohnya, daun senduduk, daun inai dan daun kenanga.
Art DecoArt DecoKesenianHiasan DalamanGaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turut mempengaruhi seni hiasan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk industri, fesyen, lukisan, seni grafik dan filem.

Kembali ke atas