Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.cung] | اينچوڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), jebat musang, mahang putih, Macaranga tanaria; ~ perlis sj tumbuhan (pokok), Berrya cordiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata incung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sesenduksesendukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Endospermum spp.. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah incung perlis, membulan, dan senduk-senduk, di Sabah ialah senduk atau senduk-senduk, dan di Sarawak ialah ekor belangkas dan terbulan. Spesies utama kayu ini termasuk Endospermum malaccense dan E. peltatum. Gubal kayu sesenduk sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning cerah ketika basah dan berubah menjadi coklat muda apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang bersimpul, berpilin atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 305 hingga 655 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan, dikeringkan dan diawet, tetapi tidak tahan. Kayu sesenduk ini lembut dan sesuai untuk anak mancis, papan lukisan, dulang, barang permainan kayu, kotak, dan penyepit makanan.

Kembali ke atas