Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dah] | اينده

Definisi : cantik, bagus benar, elok, molek: di kawasan tersebut terdapat beberapa buah bangunan yg sangat ~; ~ permai sangat cantik; ~ khabar drpd rupa prb khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (drpd keadaan yg sebenarnya); mengindahkan menjadikan indah, mencantikkan: di keliling tasik itu, ditanam berjenis-jenis pokok bunga utk ~ kawasan itu; memperindah menambah keindahan (ke­cantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah (cantik): ia tidak pernah menyorot sesuatu karya utk menunjukkan bagaimana unsur-unsur teknik dapat ~ karya itu; keindahan perihal indah, kecantikan, keelokan: mereka sedang menikmati ~ alam; pengindahan perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.dah] | اينده

Definisi : dpt menarik atau memuaskan hati; elok benar; cantik: pemandangan yg ~. ~ permai sangat cantik. mengindahkan menjadikan indah; mencantikkan: Kelapa sawit ditanam utk ~ pemandangan di padang golf itu. memperindah menjadikan lebih indah; mempercantik. keindahan keadaan indah; kecantikan; keelokan: Amin dan keluarganya sedang menikmati ~ alam di pinggir kota. pengindahan perbuatan mengindahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
indah
Rujuk :cantik

Puisi
 

Rendah-rendah bunga macang,
     Mari kait bunga kekati;
Indah-indah abang datang,
     Air ada pembasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera, adakah ayat berikut betul? 1. Ibu memberi saya duit. 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. 3. lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. terima kasih atas maklum balas.1. Ibu memberi saya duit. - ayat ini betul
2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. - ayat ini lewah, yang gramatisnya Lukisan yang dipamerkan di situ indah belaka.
3. Lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. - lewah, lihat penerangan di atas.
Tatabahasa15.03.2012
maksud permulukan???muluk bermaksud indah-indah atau elok-elok, walau bagaimanpun kata terbitan permulukan tidak ada dalam pangkalan data kami.Makna24.06.2011
apa perbezaan menghias, menghiaskan, menghiasi?

Menurut data kami, maksud perkataan menghias ialah menjadikan sesuatu lebih cantik (dengan barang yang indah-indah, gambar dan lain-lain): Dia ~ biliknya dengan gambar dan kertas yang berwarna-warni, manakala maksud menghiaskan ialah mencantikkan (mengindah­kan) dengan sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pada bajunya; dan maksud perkataan menghiasi ialah menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yang berwarna-warni ~ ruangan itu
Makna13.02.2017
Apakah perbezaan penggunaan bagi "cantik" dan "indah"? Kereta yang indah boleh diterima atau tidak? Rumah yang indah? Adakah penggunaan "indah" pada objek yang lebih luas?Cantik bermaksud sangat menarik apabila dipandang (berkenaan orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dan lain-lain), sangat elok (bagus, molek).

Indah bermaksud cantik, bagus benar, elok, molek, khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (daripada keadaan yang sebenarnya).

Berdasarkan maksud bagi kedua-dua perkataan tersebut, indah boleh digunakan bagi merujuk kereta dan rumah.
Makna31.10.2015
adakah " sungguh indah sekali" dan "paling indah sekali" juga diterima?Sungguh indah sekali betul. Paling indah sekali salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.Tatabahasa08.02.2010
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian / sangat indah sekali?Ayat yang tepat ialah Pemandangan di situ sangat indah, Pemandangan di situ indah sekali dan Pemandangan di situ indah nian.Tatabahasa18.02.2019
definisi melukis dan menulisMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, melukis ialah 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; manakala menulis ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik;Makna02.08.2010
maksud - menerawangMenurut Kamus Dewan, menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kainmempuntai beberapa maksud. Maksud pertama, melubangi, menembuk, menembus atau membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang juga bermaksud kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah. Selain itu, menerawang bermaksud termenung-menung atau memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya) atau berkhayal. Bagi membantu, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat NAsihat Bahasa DBP.Makna07.01.2007
Sila pilih frasa yang betul dari aspek tatabahasa. Terima kasih. 1. tersangat indah sekali 2. teramat indah sekali 3. tersungguh indah sekali 4. tersangat sungguh tinggi 5. tersangat tinggi sungguh 6. sungguh tersangat tinggi 7. sungguh tinggi tersangat 8. teramat tersangat tinggi 9. teramat tinggi tersangat 10. terlalu sangat cepat 11. sangat terlalu cepat 12. terlalu sungguh lewat 13. sungguh terlalu lewatJawapan yang betul ialah "sangat terlalu cepat" dan "sungguh terlalu lewat"Tatabahasa12.01.2022
Selamat sejahtera. Adakah kata penguat "nian" HANYA digunakan untuk kata adjektif indah iaitu INDAH NIAN? ATAU Kata penguat "nian" boleh digunakan untuk semua kata adjektif? Contohnya, bersih nian, cantik nian, sihat nian... Terima kasihNian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata nian digunakan untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, seperti cantik nian, indah nian dan sebagainya.Tatabahasa19.03.2017
12345678910...

Kembali ke atas