Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.déks] | اينديکس

Definisi : (indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas; ~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan; pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.déks] | اينديکس

Definisi : /indéks/ daftar nama (perkara, rujukan dll) yg tersusun mengikut abjad dan biasanya dimuatkan di belakang buku. mengindeks memasukkan atau menyenaraikan sesuatu ke dlm indeks: Nama yg diindeks ialah nama yg sering digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
indeks (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan senarai: daftar, katalog, direktori, faharasat,

2. Bersinonim dengan angka tunjuk: angkujuk.



Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
indexn 1. (alphabetical list at back of book) indeks; 2. (in library science) collection of cards that list titles of books etc, indeks; 3. sign, tanda: the result of the by-election could well be an ~ of the party’s popularity, keputusan pilihan raya kecil mungkin merupakan tanda kepopularan parti itu; 4. indicator (on dial, barometer, etc) jarum (penunjuk); 5. number, ratio, that indicates relative level of prices or wages which can be compared to a former level, indeks: the cost of living ~ rose abruptly, indeks kos sara hidup naik secara mendadak; economic indices, indeks ekonomi; 6. (math) indeks: ~ notation, tatatanda indeks;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nasal indexn indeks nasal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facial indexn indeks muka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross indexn indeks silang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cephalic indexn indeks sefalon.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
card indexn indeks kad.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
index numbern nombor indeks.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
index-linkedadj terangkai indeks.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
geographic(al)adj geografi: ~ index, indeks geografi; ~ classification, penggolongan geografi; ~ area, kawasan geografi; ~ feature, bentuk geografi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas