Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.déks] | اينديکس

Definisi : (indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas; ~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan; pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.déks] | اينديکس

Definisi : /indéks/ daftar nama (perkara, rujukan dll) yg tersusun mengikut abjad dan biasanya dimuatkan di belakang buku. mengindeks memasukkan atau menyenaraikan sesuatu ke dlm indeks: Nama yg diindeks ialah nama yg sering digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
indeks (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan senarai: daftar, katalog, direktori, faharasat,

2. Bersinonim dengan angka tunjuk: angkujuk.



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INDEKS KELEMBAPAN SUHU UMUM 
INDEKS HARGA PENGGUNA UMUM 
INDEKS UMUM 
INDEKS STANDARD & POOR’S UMUM 
NOMBOR INDEKS

Nombor indeks ialah satu nisbah bagi ukuran yang diambil untuk satu tempoh masa tertentu.

MATEMATIKKonsep
INDEKS HARGA PENGELUAR

Indeks harga pengeluar ialah pengukuran perubahan harga yang dikenakan oleh pengeluar dan pemborong.

EKONOMI DAN PENGURUSANKaedah
PUNCA

Punca dalam matematik, bermakna kuantiti yang

menghasilkan kuantiti yang khusus apabila punca

itu diambil sebagai faktor untuk beberapa kali

yang telah ditetapkan (lihat Faktor ). Berapa kali

punca itu diambil sebagai faktor dikenali sebagai

indeks . Punca dinamakan daripada indeks-

indeksnya. Oleh itu, punca empat bagi 81 ialah 3,

kerana 3 X 3 X 3 X 3 = 81. Punca yang mempunyai

indeks 2 dan indeks 3 juga dikenali sebagai punca

kuasa dua dan punca kuasa tiga . Punca yang positif

bagi nombor positif p ditunjuk dengan n √p. Oleh

itu, 4 18 = 3 . Simbol itu dikenali sebagai tanda

radikal . Apabila indeks tidak ditunjuk, maka

indeksnya ialah 2.

UMUM 
MUHAMMAD FU'AD, 'ABD AL-BAQI

Muhammad Fu’ad, ‘Abd al-Baqi (1299 H. –

1388 H./1882 M.–1968 M.) ialah tokoh ilmuwan

Mesir. Dia banyak menghabiskan masa dalam

menyusun dan membuat susunan indeks hadith.

Dia lahir di Qalyubiyah, Mesir, dan membesar di

Kaherah serta pernah belajar di beberapa buah

sekolah di sana. ‘Abd al-Baqi pernah berkhidmat

sebagai penterjemah bahasa Perancis di Jabatan

Pertanian pada sekitar tahun 1905 dan 1933. Dia

berhenti menulis disebabkan oleh matanya yang

kabur dan menjadi buta sebelum kematiannya.

UMUM 
SEKSTAN

Sekstan ialah alat optik yang mengukur jarak

sudut di antara dua titik, seperti di antara matahari

dengan garisan ufuk. Sekstan juga digunakan

untuk pengemudian dan kaji selidik. Alat ini

dinamakan menurut bentuknya iaitu lebih kurang

satu per enam daripada satu bulatan. Bingkai

sekstan menyokong satu lengkok (arka) yang

bersenggat, lengan indeks yang boleh digerakkan

yang mewakil radius bulatan itu, dua cermin dan

satu teleskop kecil.

UMUM 
GAYA DEWAN

GAYA DEWAN,  sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks.

BAHASAPenerbitan
12

Kembali ke atas