Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.déks] | اينديکس

Definisi : (indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas; ~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan; pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.déks] | اينديکس

Definisi : /indéks/ daftar nama (perkara, rujukan dll) yg tersusun mengikut abjad dan biasanya dimuatkan di belakang buku. mengindeks memasukkan atau menyenaraikan sesuatu ke dlm indeks: Nama yg diindeks ialah nama yg sering digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
indeks (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan senarai: daftar, katalog, direktori, faharasat,

2. Bersinonim dengan angka tunjuk: angkujuk.



Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
seolah-olah mempunyai alamat yang sama seperti komputer proksi. Sinonim komputer penyamaran. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 39 6/6/11 4:01:38 PM 40 harga tebus semula hibah indeks risiko integriti rujukan I IDS berasaskan pengetahuan (Ig. knowledge based IDS) Perisian yang melakukan pengesanan dengan menyimpan senarai petua atau pangkalan pengetahuan yang diisi dengan maklumat jujukan arahan yang mungkin diambil dan membandingkannya dengan corak retina yang sedia tersimpan untuk mengesahkan pengguna. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 40 6/6/11 4:01:38 PM 41 harga tebus semula hibah indeks risiko integriti rujukan Kaedah ini apabila digunakan dalam sistem penyahihan, mempunyai kelebihan kerana retina mata setiap manusia adalah unik dan sukar ditiru. Lihat juga corak retina. indeks risiko (Ig. risk

Kembali ke atas