Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.di.vi.du] | اينديۏيدو

Definisi : orang perseorangan, manusia seorang diri, terutamanya apabila dianggap sbg berbeza drpd yg lain: tidak dapat kita nafikan betapa besar pengaruh buku ke atas seseorang ~; keindividuan sifat yg membezakan seseorang drpd yg lain: ia tidak membenarkan anggota-anggota masyarakat menonjolkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.di.vi.du] | اينديۏيدو

Definisi : orang perseorangan; orang seorang diri: Setiap ~ berhak menyuarakan pendapatnya selagi tidak menyinggung peribadi orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
individu
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :orang, perseorangan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penularantransmissionPerpindahan patogen yang mengakibatkan penyakit daripada seseorang individu kepada individu yang lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung.Menengah Atas
pendermaan darahblood donationProses apabila seorang individu mendermakan darahnya kepada individu lain yang biasanya dilakukan secara sukarela.Menengah Rendah
faktor RhesusRhesus factorAntigen yang wujud pada permukaan sel darah merah pada kebanyakan manusia. Individu yang mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah positif seperti A+ atau B+. Individu yang tidak mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah negatif seperti A- atau B-.Menengah Atas
mutanmutantIndividu yang mengalami mutasi.Menengah Atas
populasipopulationKumpulan individu sesuatu spesies yang sama (haiwan atau tumbuhan) yang terdapat di habitat tertentu.Menengah Rendah
kepadatandensityBilangan individu purata sesuatu spesies per unit luas kawasan.Menengah Atas
penerima universaluniversal recipientIndividu yang berdarah jenis AB daripada sistem kumpulan darah ABO, yang dapat menerima semua jenis darah tanpa mengalami sebarang kesan bahaya kepada dirinya.Menengah Rendah
penderma universaluniversal donorIndividu yang berdarah jenis O daripada sistem kumpulan darah ABO, yang boleh mendermakan darahnya kepada penerima yang mempunyai sebarang jenis darah tanpa memberi kesan bahaya kepada penerima tersebut.Menengah Rendah
pembiakanreproductionProses menghasilkan individu baharu bagi memastikan sesuatu spesies tidak pupus.Menengah Rendah
kekerdilandwarfismKeadaan saiz individu yang lebih kecil daripada normal, akibat kerencatan pertumbuhan yang mungkin berpunca daripada kekurangan beberapa hormon.Menengah Atas
123

Kembali ke atas