Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn 1. ibu (terutamanya binatang), emak: kambingnya ada sepuluh ekor, yg sudah jadi ~ tiga ekor; 2. ki yg terutama, yg besar, yg menjadi pokok (asal, punca, asas): kesalahan yg telah kaulakukan itu adalah ~ kpd segala macam kesalahan; ~ ayam a) ayam betina yg sudah beranak; b) ki orang yg penakut; ~ bangsa bangsa yg menjadi punca suku-suku bangsa; ~ beras (nasi) Mn isteri; ~ cuka ibu kaki; ~ hutang hutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga); ~ jari (tangan) ibu jari; ~ kaki ibu kaki; ~ kalimat ayat besar yg menjadi pokok cerita (dlm ayat yg bersambung-sambung); ~ karangan karangan yg terutama dlm akhbar atau majalah; ~ madu sarang lebah; ~ pisang pokok pisang yg mula-mula ditanam; ~ roti ragi utk adunan roti; ~ rumah rumah ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah); ~ semang a) orang perempuan yg mengambil orang lain utk menumpang di rumahnya; b) orang yg memberi pekerjaan atau barang-barang (utk dijual) kpd orang lain; ~ sutera sarang ulat sutera; ~ tentera pasukan yg terbesar (dlm gerakan perang); berindukkan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg induk: contohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yg ~ bahasa Indo-Eropah; perinduk, seperinduk semua yg berasal drpd satu ibu atau induk, sekeluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ibu (terutamanya kpd binatang); emak: ~ ayam ayam betina yg telah mempunyai anak. 2 ki yg paling besar; yg terutama; yg paling penting: kapal ~ kapal perang yg besar yg mengangkut kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
induk (kata nama,)
Bahasa Asal :Minangkabau
1. Dalam konteks bincang
bersinonim dengan ibu, indung,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan asal, punca, pokok,

Kata Terbitan : perinduk, seperinduk,

Peribahasa

Bagai menggelikan induk ayam.

Bermaksud :

Memberanikan orang penakut.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parent populationpopulasi induk; penduduk indukFizikTiadaTiada
parent populationpopulasi induk; penduduk indukGeografiTiadaTiada
parent populationpopulasi induk; penduduk indukKependudukanTiadaTiada
parent populationpopulasi induk; penduduk indukMatematikTiadaTiada
master switchsuis indukTeknikElektrik1. Suis yang mengawal keseluruhan suis lain dalam sesuatu litar. Ada beberapa jenis kawalan suis induk termasuk kawalan induk pembatalan bagi suis dua hala, dan kawalan induk segera. 2. Peranti yang mengawal dan mengawasi kendalian penyentuh dan tambahannya.
ancestorleluhurPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTuai induk atau induk bagi spesies atau kumpulan ternakan yang sedia ada. Individu daripadanya telah mewujudkan individu kini. Dua individu mempunyai pertalian genetik, sekiranya yang satu ialah leluhur pada yang satu lagi, atau kedua-duanya berkongsi leluhur yang sama dari masa lampau.
seed parentinduk biji benihPertanianAgronomi

 Induk betina yang digunakan sebagai induk dalam proses kacukan untuk menghasilkan varieti atau hibrid baru. Contohnya, untuk menghasilkan hibrid jagung, induk jantan dan betina dikacukkan untuk menghasilkan hibrid.

reciprocal backcrosskacuk balik resiprokalPertanianAgronomi

Kacukan antara induk atau individu dengan induk yang mempunyai sama gen. Kemudian, hasil daripada kacukan ini dikacuk semula dengan induk pertama secara bersilang.

pola indukpola indukKesenianTiadaUkiran yang mempunyai komponen yang sempurna yang menggabungkan pelbagai motif semua unsur dalam satu ukiran yang lengkap yang lebih menitiberatkan unsur tumbuh-tumbuhan kerana sifatnya lebih lembut dan mudah disusun. Bentuknya merangkumi seluruh pohon.
fecundityfekunditiPerikananAkuakulturTahap atau keupayaan seekor induk betina untuk menghasilkan telur. Fekunditi berkait rapat dengan saiz dan berat badan induk betina tersebut. Induk betina yang lebih besar akan menghasilkan telur yang lebih banyak.
12345678910...

Kembali ke atas