Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.duk.si] | ايندوکسي

Definisi : 1. proses penghuraian yg membawa kpd pencapaian sesuatu kesimpulan hukum drpd fakta atau maklumat yg bersifat khusus; 2. pengenalan kpd organisasi (pekerjaan, tugas, jawatan dsb) yg baru: kursus ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.duk.si] | ايندوکسي

Definisi : 1 (hal membuat) kesimpulan atau ketetapan yg umum berdasarkan hal atau andaian yg khusus. 2 pengenalan kpd organisasi pekerjaan, tugas, jawatan dsb yg baru: kursus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata induksi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah manakah yang betul, SET INDUKSI atau INDUKSI SET?

Saudara,

Dalam bidang pendidikan frasa yang digunakan ialah induksi set, iaitu teknik memperkenalkan sesuatu tajuk pelajaran bagi menarik perhatian serta mendorong pelajar.

Istilah14.08.2010
Apakah tujuk yang sesuai untuk pegawai SPRM beri ceramah kepada peserta kursus Induksi?Kursus induksi terbahagi kepada dua, iaitu umum (berkaitan dengan peraturan organisasi) dan khusus (berkaitan dengan  tugas hakiki yang dilaksanakan di pejabat). Pemilihan tajuk untuk memberi ceramah kepada peserta kursus induksi bergantung pada fokus dan keperluan di jabatan/organisasi tuan.Lain-lain05.05.2010
Manakah anatara berikut adalah betul? A Puan Munah menyampaikan kursus induksi kepada pekerja baru. B. Puan Munah menyampaikan Kursus Induksi kepada para pekerja baharu.

Ayat yang lebih tepat ialah Puan Munah menyampaikan kursus induksi kepada pekerja baharu.

Tatabahasa27.12.2023
adakah ayat-ayat di bawah tepat, mohon cadangan ayat yang betul: 1. Adalah penting bahawa kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini. 2. Kerana maqasid didapati daripada nas secara induksi, maslahah akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid, sebagaimana disyorkan ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut,karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

Berdasarkan semakan kami, cadangan ayat yang betul ialah: 1. Kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini adalah amat penting. 2. Oleh sebab maqasid syariah didapati daripada nas secara induksi, maka maslahat akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid syariah sebagaimana yang disyorkan oleh ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut, karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

 

Tatabahasa03.11.2022
Apakah itu, 1. Aruhan 2.Induktif1. aruhan ialah - sifat sesuatu litar elektrik yang beroleh daya gerak elektrik akibat perubahan arus dlm litar yang sama atau dalam litar lain yang berdekatan. 2. induktif ialah berkaitan dengan atau menggunakan induksi.Tatabahasa04.10.2007

Kembali ke atas