Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dus.tri] | ايندوستري

Definisi : perusahaan (biasanya secara besar-besaran) utk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan: negara itu mempunyai ~ yg maju; ~ berat perusahaan yg mengeluarkan barangan atau bahan utk keperluan perusahaan lain; ~ kecil dan sederhana perusahaan yg pusing ganti jualan tahunannya tidak melebihi RM25 juta, dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang; ~ ringan perusahaan yg memerlukan modal kecil utk mengeluarkan barangan pengguna; mengindustrikan menjadikan industri; perindustrian perihal industri, yg berkaitan dgn industri: negara ~ negara yg kehidupan sebahagian besar drpd penduduknya bergantung pd industri; pengindustrian usaha (kegiatan, proses) mendirikan dan memajukan perusahaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.dus.tri] | ايندوستري

Definisi : 1 perusahaan secara besar-besaran: negara ~ negara yg mendapat hasil yg banyak drpd industri-industrinya. 2 perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. perindustrian hal mengenai industri. ~ desa perusahaan yg dilakukan di rumah spt membuat bahan-bahan anyaman, tembikar, songket. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
industri (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perusahaan, pembuatan, perkilangan, perdagangan, perniagaan.,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengesahkan identiti atau menentusahkan kelayakan suatu stesen, penghantar atau individu

Kembali ke atas