Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dus.tri] | ايندوستري

Definisi : perusahaan (biasanya secara besar-besaran) utk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan: negara itu mempunyai ~ yg maju; ~ berat perusahaan yg mengeluarkan barangan atau bahan utk keperluan perusahaan lain; ~ kecil dan sederhana perusahaan yg pusing ganti jualan tahunannya tidak melebihi RM25 juta, dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang; ~ ringan perusahaan yg memerlukan modal kecil utk mengeluarkan barangan pengguna; mengindustrikan menjadikan industri; perindustrian perihal industri, yg berkaitan dgn industri: negara ~ negara yg kehidupan sebahagian besar drpd penduduknya bergantung pd industri; pengindustrian usaha (kegiatan, proses) mendirikan dan memajukan perusahaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.dus.tri] | ايندوستري

Definisi : 1 perusahaan secara besar-besaran: negara ~ negara yg mendapat hasil yg banyak drpd industri-industrinya. 2 perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. perindustrian hal mengenai industri. ~ desa perusahaan yg dilakukan di rumah spt membuat bahan-bahan anyaman, tembikar, songket. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
industri (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perusahaan, pembuatan, perkilangan, perdagangan, perniagaan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Industrial Technical Assistance FundDana Bantuan Teknik PerindustrianEkonomiTiadaKumpulan wang yang ditubuhkan bagi tujuan memberi geran kepada industri-industri tertentu, seperti industri kecil dan sederhana, untuk membantu mengembangkan industri berkenaan dalam bidang-bidang tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
industrial restructuringsusun semula industriEkonomiTiadaDasar dan strategi untuk mengubah semula struktur industri untuk mencapai matlamat jangka panjang, seperti mengubah penumpuan industri penggantian import kepada industri perkembangan eksport, daripada industri ringan kepada industri berat, daripada industri berteknologi rendah kepada yang berteknologi tinggi, dan dari bandar ke luar bandar.
restructuring of industrypenyusunan semula industriEkonomiTiadaDasar dan strategi untuk mengubah semula struktur industri untuk mencapai matlamat jangka panjang, seperti mengubah penumpuan industri penggantian import kepada industri perkembangan eksport, daripada industri ringan kepada industri berat, daripada industri berteknologi rendah kepada yang berteknologi tinggi, dan dari bandar ke luar bandar.
manufacturing industryindustri perkilangan; industri pembuatanGeografiTiadaBahagian perindustrian yang mengubah arangan industri primer kepada keluaran barangan buatan.
forest researchpenyelidikan hutanPerhutananTiadaPenyelidikan yang dilakukan bagi memperoleh pengeluaran khazanah hutan daripada hutan simpan kekal dengan seberapa banyak yang boleh secara berkekalan dan juga untuk meluaskan lagi taraf penggunaan kayu serta mengembangkan industri-industri keluaran hutan.
creative directorpengarah kreatifKomunikasiKorporatJawatan yang diwujudkan dalam industri kandungan kreatif. Antara industri kreatif termasuklah industri penerbitan rancangan untuk penyiaran, perfileman, pengiklanan, penerbitan pentas (seperti teater dan pertunjukan hiburan), dan persembahan sesuatu pameran. Dalam pengiklanan, penjawat jawatan ini mengetuai suatu jabatan yang memberikan perhatian terhadap keperluan kreatif dalam persembahan akhir sesuatu iklan, sama ada iklan cetak, elektronik, atau filem. Individu ini juga bertanggungjawab untuk menjelaskan konsep sesuatu rekaan atau penerbitan iklan kepada pelanggan. Peranan pengarah kreatif adalah menguruskan penghasilan idea, menjelmakan idea dalam bentuk karya kreatif dalam bentuk elektronik dan bercetak, serta memastikan karya memenuhi keperluan pelanggan. Individu tersebut bertanggungjawab untuk menentukan semua unsur kreatif, seperti bentuk, ruang, warna, pergerakan, fon, kontras, bahasa, pemilihan perkataan, dan persembahan keseluruhan. Individu ini bukan sahaja perlu memastikan sesuatu naskhah iklan mempunyai nilai kreatif yang tinggi, malah mempunyai perkaitan makna yang sesuai dengan barangan dan kehendak pelanggan.
forest researchpenyelidikan hutanPerhutananPengurusan HutanPenyelidikan yang dilakukan bagi memperoleh pengeluaran khazanah hutan daripada hutan simpan kekal dengan seberapa banyak yang boleh secara berkekalan dan juga untuk meluaskan lagi taraf penggunaan kayu serta mengembangkan industri-industri keluaran hutan.
manufacturing industryindustri perkilangan; industri pembuatanEkonomiTiadaTiada
industrial economicsekonomi industriEkonomiTiadaBidang kajian atau disiplin yang meneliti dan memberi fokus kepada analisis firma industri, struktur industri dan organisasi pasarannya, dan secara lebih luas melibatkan juga analisis dasar perindustrian, alat-alat dasar, dan kesannya terhadap pembangunan ekonomi keseluruhannya.
primary industryindustri peringkat pertama; industri utamaGeografiTiadaIndustri yang mengusahakan bahan yang dibekalkan oleh alam semula jadi seperti pertanian, perlombongan, perikanan, perhutanan dan sebagainya.
12345678910...

Kembali ke atas