Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.fék.si] | اينفيکسي

Definisi : (inféksi) kena kuman penyakit, dijangkiti oleh penyakit, jangkitan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata infeksi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KETUMBIT

Ketumbit ialah infeksi pada folikel (sak) tempat

tumbuhnya bulu mata atau pada kelenjar di dalam

kelopak mata. Ketumbit menyerupai jerawat.

UMUM 
DEMAM SELESEMA

Demam selesema ialah sejenis infeksi saluran

pernafasan atas. Ia merupakan penyakit yang

merebak dengan amat meluas dan sangat lazim

dihidapi.

UMUM 
ASPIRIN

Aspirin, juga dikenali sebagai asid asetilsalisilik ,

ialah salah satu ubat yang paling biasa digunakan

di dunia. Ia membantu melegakan sakit akibat

pening dan artritis dan mengurangkan demam

akibat infeksi. Ia juga melegakan radang yang

disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Di

samping itu, aspirin mengganggu pembekuan

darah, dan dengan itu ia berguna bagi mencegah

serangan jantung, sesetengah strok dan

gangguan-gangguan lain yang melibatkan

pembekuan darah. Ia adalah ramuan aktif dalam

banyak jenama dagang, pelega sakit tanpa

preskripsi.

UMUM 
OTOSKOP

Otoskop ialah alat yang digunakan oleh doktor

untuk memeriksa gegendang telinga. Otoskop

terdiri daripada kanta pembesar dan cahaya yang

dihidupkan oleh kuasa bateri. Cahaya ini

menerangi gegendang telinga dan kanta

pembesar membesarkan imej kira-kira enam kali

ganda. Otoskop membolehkan doktor melihat

perubahan di dalam gegendang telinga yang

disebabkan oleh infeksi dan penyakit.

UMUM 
ANTISEPTIK

Antiseptik adalah bahan yang memusnahkan atau

memberhentikan pertumbuhan – kuman pada

tisu hidup. Antiseptik disapu pada kulit dan

membran mukus untuk membantu menghalang

jangkitan. Antiseptik mestilah cukup kuat untuk

melawan kuman tetapi cukup lembut supaya tidak

merengsakan tisu yang sensitif. Antiseptik berbeza

daripada disinfektan dan antibiotik. Disinfektan

ialah bahan kimia yang memusnahkan kuman yang

terdapat pada objek tak hidup, manakala antibiotik

adalah dadah yang merawat infeksi yang telah

berlaku.

UMUM 

Kembali ke atas