Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.fi.ni.ti] | اينفينيتي

Definisi : keadaan (masa, ruang) yg tidak ada batasnya: alam ini hanya satu ruang yg terbentang sehingga ke ~, tiada akhir dan awalannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.fi.ni.ti] | اينفينيتي

Definisi : ist banyaknya (jumlah, kuantiti dsb) yg tidak terhingga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata infiniti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Jika agam bemakna tiada akhir/ tidak berkesudahan, sesuaikah saya padankan dengan kata bahasa Inggeris infnity?Agam dan infiniti dalam konteks tertentu boleh membawa maksud yang hampir sama, namun agam bukanlah sinonim kepada infiniti.Istilah26.08.2017
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Tatabahasa30.07.2008
Assalamualaikum, Saya adalah seorang pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UPM. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak DBP dengan mewujudkan laman web ini yang telah saya gunakan sekian lama. Cuma,saya tertarik untuk memberikan pendapat terhadap satu istilah yang digunakan di dalam bidang kejuruteraan, iaitu pole-zero, di mana ia telah ditafsirkan dalam bahasa melayu sebagai kutub-sifar. Bagi saya penggunaan perkataan kutub di sini adalah tidak tepat kerana pole yang dimaksudkan di sini tidak sama seperti di dalam bidang lain contohnya yang merujuk kepada kutub utara atau selatan medan magnet. Di dalam sistem kawalan, perkataan pole digunakan untuk merujuk kepada nilai yang menyebabkan satu transfer function (rangkap pindah) infiniti. Dengan kata lain sekiranya magnitude rangkap pindah tersebut dilakarkan secara 3-dimensi, nilai yang berada di kedudukan tersebut akan kelihatan seperti tiang (dalam bahasa inggeris =pole). Jadi pole di sini bukan merujuk kepada kutub, tetapi tiang dan saya rasa ia perlu dibetulkan untuk memberi kefahaman sebenar istilah tersebut. Saya sedia dihubungi untuk berbincang lanjut perkara ini. Sekian, terima kasih. Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban Universiti Putra MalaysiaTerima kasih atas keprihatinan dan maklumat YBhg. Prof. berikan. Dalam bidang peristilahan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi (dulunya Bahagian Peristilahan), DBP menyelenggara jawatankuasa istilah sesuatu bidang. Pensyarah atau pakar dalam sesuatu bidang dilantik menganggotai jawatankuasa istilah. Sehubungan dengan itu, maklumat yang disampaikan oleh YBhg. Prof telah kami salurkan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk diambil maklum dan tindakan selanjutnya.Istilah04.06.2014
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge
2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana
3. high definition television – televisyen definisi tinggi
4. catch-all – rangkum semua
5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC)
6. hand router – penghala tangan
7. cleat – tetupai
8. infinity pool – kolam infiniti
9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV

Istilah14.03.2017

Kembali ke atas