Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata influencer


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah wujud istilah bahasa melayu secara khusus bagi perkataan-perkataan berikut: instafamous, twitter famous, Facebook famous dan youtubers? Jika wujud, apakad istilah yang tepat? 2. Perkataan-perkataan berikut adalah berkaitan jenis-jenis pempengaruh (influencer). Adakah betul maksud bagi perkataan berikut: a)mega influencer=pempengaruh mega b)macro influencer=pempengaruh makro c)micro influencer=pempengaruh mikro d)advocate=penyokong e)referrer=perujuk f)loyalist=penyetia

Perkataan "Instafamous", "Twitter famous", "Facebook famous" dan "Youtuber" digunakan dalam konteks tidak rasmi. Kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai Instagram terkenal, Twitter terkenal, Facebook terkenal dan pengguna Youtube.

Cadangan padanan bahasa Melayu:







a) pempengaruh mega

b) pempengaruh makro

c) pempengaruh mikro

d) penyokong, menyokong

e) perujuk

f) penyokong setia

Semua padanan bergantung kepada penggunaan ayat dan konteks.

Istilah11.04.2020
Apakah cadangan terjemahan untuk istilah 'influencer' yang merujuk kepada orang yang mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai dalam media sosial dsb? Terima kasihUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk influencer. dalam pangkalan data kami. Namun, kami mencadangkan padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu ialah orang berpengaruh.Penyemakan dan penterjemahan30.03.2017
Apakah terjemahan bagi "Content Creator" dan "Influencer" dalam konteks media sosial yang menjadi trend sekarang?Padanan bahasa Melayu bagi istilah content creator ialah pencipta kandungan dan istilah influencer ialah pempengaruh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah28.08.2023
Salam sejahtera, Perkembangan teknologi telah mewujudkan perkataan-perkataan yang masih belum ada padanannya dalam BM. Saya ingin bertanyakan istilah BM untuk perkataan seperti Youtuber, Vlogger, instagrammer, influencer, gamer, spam/spammer, stalker (cth org yg ‘stalk’ anda melalui laman media sosial), dll. Diharap prpm dapat membantu.Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah:

influencer: pempengaruh
gamer: pemain
stalker: pengintai maya
spam/spammer: spam/penghantar spam

Perkataan "Youtuber", "Vlogger" dan "Instagrammer" pula digunakan dalam konteks tidak rasmi. Oleh itu, kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai pengguna Youtube, pengguna Vlog dan pengguna Instagram.
Istilah16.02.2020
Assalamualaikum, saya pelajar dari jurusan Docyor in Business Admin dari UiTM Sabah, saya ingin memohon terjemahan untuk tajuk penyelidikan saya iaitu (Social Media Influencer Towards Pro-Environmental Intention)Sila bagi terjemahan yang saudara maksudkan dalam bahasa Melayu dan pihak kami akan membuat semakan dan pembetulan jika terdapat kesalahan.Lain-lain04.03.2019

Kembali ke atas