Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.for.mal] | اينفورمل

Definisi : tidak formal, tidak mengikut cara dsb yg sudah menjadi kebiasaan atau yg sudah ditetapkan: mesej yg disampaikan kpd pembaca dilakukan secara ~ supaya tidak ketara bahawa penulis memaksa para pembaca menerima mesej tadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata informal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang tepat untuk terma 'informal coffee and chat session'? Bolehkah ia diterjemahkan sebagai 'sesi minum kopi dan sembang santai?Frasa "'informal coffee and chat session" boleh dipadankan dengan frasa bahasa Melayu sesi minum  dan sembang santai.Makna26.10.2021
Adakah perkataan informal dan non-formal diterima dlm BM?..perlukan sy menterjemahkan ke dalam BM/ sekiranya perlu apakah perkataan yang tepat utk kedua2 istilah..terima kasihPerkataan informal telah diterima dalam bahasa Melayu, manakala perkataan nonformal diterjemahkan kepada tidak formal.Istilah26.11.2016
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
Apakah kata ganti toolbox talk di dalam bahasa melayu untuk makluman maksud toolbox talk melalui carian internet adalah A Toolbox Talk is an informal safety meeting that focuses on safety topics related to the specific job, such as workplace hazards and safe work practices. Meetings are normally short in duration and are generally conducted at the job site prior to the commencement of a job or work shift.Cadangan perkataan yang boleh digunakan ialah perbincangan keselamatan jika bersesuaian dengan konteks.Penyemakan dan penterjemahan04.12.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mahu bertanya mengenai istilah 'barang dapur' atau 'barang basah'. Adakah kedua-duanya boleh diterima dan diguna pakai secara formal atau ia hanyalah bahasa pasar atau bahasa informal? Terima kasih.Wassalam.

Barang dapur merujuk kepada barang keperluan untu memasak. Manakala, barang basah pula merujuk kepada barang yang masih baru atau belum dikeringkan, misalnya ikan dan buah-buahan segar.
Lain-lain26.12.2019
Assalamualaikum. Tuan, agensi kami iaitu Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dipertanggungjawabkan menyediakan standard (panduan) untuk kursus pengajian yang dikendalikan di IPT. Dalam penulisan standard ini, terdapat perkataan daripada bahasa Inggeris yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan iaitu formal, informal dan nonformal. Bagi tujuan terjemahan kepada bahasa Malaysia, adakah boleh pihak MQA menggunakan terus perkataan tersebut atau perlu juga diterjemahkan dengan sempurna kepada bahasa Malaysia? Pihak kami mohon pandangan pihak DBP dalam perkara ini. Terima kasih.

Saudara Norafizah,

Untuk makluman saudara adalah lebih baik perkataan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu memandangkan bahawa perkataan tersebut boleh diterjemahkan dan terdapat padanannya dalam bahasa Melayu, iaitu rasmi, tidak rasmi dan bukan rasmi. 

Lain-lain11.08.2009
Apakah istilah bahasa melayu untuk 'angel investor'?Untuk makluman, tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk "angel investor". Walau bagaimanapun, istilah ini mempunyai maksud yang sama dengan "business angel" dan "informal investor". Oleh itu, padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pelabur tidak formal.Istilah06.05.2012
Apakah padanan yang sesuai utk perkataan "zombie", merujuk kepada penggunaannya dalam filem-filem dari Amerika Syarikat. 1. ​(in some African and Caribbean religions and in horror stories) a dead body that has been made alive again by magic 2. (informal) a person who seems only partly alive, without any feeling or interest in what is happening Terima kasih.Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

zombie - zombi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah03.06.2022
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin bertanya sama ada terdapat istilah yang sesuai sebagai terjemahan kepada yang berikut: - angel investment Sekian, terima kasih.

Untuk makluman, tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk "angel investor". Walau bagaimanapun, istilah ini mempunyai maksud yang sama dengan "business angel" dan "informal investor". Oleh itu, padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pelabur tidak formal.

Istilah11.04.2017

Kembali ke atas