Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.for.ma.si] | اينفورماسي

Definisi : keterangan, maklumat; berinformasi mempunyai informasi, berpengetahuan: kemudahan mengakses internet perlu diperbanyak dlm usaha kerajaan mewujudkan masyarakat yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.for.ma.si] | اينفورماسي

Definisi : keterangan, maklumat, hal dsb ttg sesuatu atau seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata informasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin mendapatkan informasi buku sulalatus salatinSoalan saudara kurang jelas. Adakah saudara ingin mendapatkan maklumat tentang sinopsis, siapa pengarangnya, penerbit  atau sebagainya. Mohon diperjelas soalan saudara. Terima kasih.Lain-lain24.03.2010
Perkataan yang sinonim dengan Informasi dan Teknologi.Perkataan yang sinonim dengan informasi ialah keterangan/maklumat dan teknologi pula aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan pelbagai bidang lagi. Terima kasih.Istilah21.08.2006
Tuan/Puan, Saya Nurrisa, dari PNB ingin memohon pandangan dan nasihat Tuan/Puan tentang penggunaan bahasa di panel informasi di tempat-tempat pelancongan. PNB sedang membina menara ikonik Merdeka 118 dan bercadang untuk membina sebuah dek observasi bersama panel informasi yang menceritakan tentang pembangunan Merdeka 118, sejarah Malaysia, dan sebagainya. Oleh itu, memandangkan Merdeka 118 akan menjadi pusat pelancongan antarabangsa pada masa akan datang, bolehkah penggunaan Bahasa Inggeris lebih diutamakan di panel informasi dek observasi tersebut? Nasihat pihak Tuan/Puan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, apa-apa sahaja maklumat yang hendak disampaikan kepada khalayak, penggunaan bahasa Melayu hendaklah diutamakan melebihi bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa yang lain.Lain-lain16.11.2020
Saufi Subri TUE 8:19PM Salam, betulkah perkataan "maklumat" telah dimansuhkan dan diganti dengan perkataan "informasi"?Tidak ada pemansuhan kata maklumat atau kata-kata lain. Kata informasi sebagai pilihan kepada khalayak sama ada hendak menggunakan kata maklumat atau yang seerti dengannya.Istilah02.08.2016
'khazanah sejarah 35 tahun DBKL ini akan memberi informasi dan bahan rujukan yang berguna...' sy nak buat ayat diatas yang lebih elok dan formal.

Cadangan kami ialah 'sejarah dan khazanah 35 tahun DBKL  memberikan informasi yang berguna selain dijadikan bahan rujukan.

Tatabahasa23.12.2008
Lawatan & Pembentangan Informasi oleh British Universities Malaysia (BUM) Salam sejahtera dari AusEd – UniEd (AU) International! Kami mewakili sekumpulan Universiti British yang percaya bahawa pelajar wajar membuat keputusan yang bernas mengenai pemilihan masa depan pelajaran mereka. Kumpulan Universiti terbabit menawarkan pelbagai kursus dari pengajian klasik hingga ke kursus yang berkaitan dengan industri. Universiti yang di maksudkan adalah: - Middlesex University - Newcastle University - University of Portsmouth - The University of Sheffield - University of Wolverhampton Sebagai penyelaras usaha mereka, saya amat berbesar hati sekiranya diberi peluang mengadakan pembentangan informasi dan pameran pendidikan di kolej Tuan/Puan. Cadangan tarikh dan waktu seperti berikut: Tarikh : XXXX Waktu : XXXX Saya berharap pihak Tuan/ Puan dapat memberikan maklum balas yang positif mengenai perkara ini. Terima kasih.Terima kasih soalan yang dikemukakan.  Saya mencadangkan Tuan/Puan menulis surat terus kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur bagi mengemukakan cadangan berkenaan.  Sebaiknya surat berkenaan dapat diperincikan tentang pembentangan, tarikh/waktu dan lain-lain.Lain-lain19.11.2008
boleh pihak DBP berikan infrmasi tentang prosa tradisional Rejang.Melalui laman web ini, saya tidak memperoeh sebarang informasi mengenainya walhal prosa itu merupakan prosa tradisional.Saya nak tau tentang ciri-ciri, latar belakangnya dan apa-apa yang boleh melengkapkan tugasan saya secepat mungkin.saya berminat untuk mengkaji jenis sastera ini kerana saya hanya mendapat informasi bahawa ia adalah sejenis pantun. Kenapa tidak didedahkan?????Rejang ialah istilah astrologi, iaitu nama satu siri lambang-lambang yang mewakili tia-tiap hari dalam sebulan. Lambang-lambang ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada nasib atau raksi pada hari-hari yang berkenaan. Dalam erti kata lain, rejang ini ialah satu ramalan tentang nasib manusia sama seperti bintang dua belas (zodiak) yang kita kenali hari ini. Untuk menjelaskan tentang nasib atau ramalan seseorang , masyarakat Melayu dahulu telah menulis rejang dalam susunan puisi Melayu. Antara bentuk puisi Melayu lama yang digunakan untuk menulis rejang ialah syair dan pantun. Contoh rejang yang telah ditemui ialah "Syair Rejang"  dan "Pantun Rejang". Untuk mendapatkan contoh-contoh rejang, saudari yang budiman bolehlah merujuk buku "Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi" oleh Harun Mat Piah, terbitan DBP, tahun 1989. Untuk merujuk buku ini saudari boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, Kuala Lumpur. Budi Bahasa Budaya Kita.Lain-lain15.01.2008
bolehkan saya dapatkan informasi tentang penggunaan 'tolong' dan 'sila'.Kata tolong dan sila tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256.Tatabahasa21.03.2008
Tjahjono Widijanto Jul 7th, 9:50pm Mohon informasi. Apakah jurnal Perisa msih terbit?Untuk makluman tuan, DBP tidak lagi menerbitkan Jurnal Perisa.Lain-lain07.07.2015
Salam, Bolehkah perkataan "info" digunakan untuk menggantikan "maklumat" / "informasi"? Contoh: Untuk info lanjut, sila layari xxxxxAyat yang betul ialah Untuk maklumat lanjut, sila layari Tatabahasa28.10.2022
123

Kembali ke atas