Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.for.ma.si] | اينفورماسي

Definisi : keterangan, maklumat; berinformasi mempunyai informasi, berpengetahuan: kemudahan mengakses internet perlu diperbanyak dlm usaha kerajaan mewujudkan masyarakat yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.for.ma.si] | اينفورماسي

Definisi : keterangan, maklumat, hal dsb ttg sesuatu atau seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata informasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
land information systemsistem informasi tanahPertanianAgroteknologiSistem yang mengandungi rekod yang tepat dari segi lokasi, nilai, keadaan semasa serta pendaftar sah pemilik, kegunaannya serta berkait dengan data maklumat geografi. �Segala maklumat telah dimasukkan dalam dokumentasi perundangan dan boleh dilihat, dimuat turun, dikemas kini, disimpan, dianalisis dan dicetak oleh kerajaan tempatan. Ia digunakan dalam perancangan dan pemilihan infrastruktur atau tanaman yang bersesuaian dengan maklumat yang ada. Kesannya sangat baik kerana penggunaan tanah dapat dilaksanakan sehingga ke paras maksimum.
expositioneksposisiSejarahTiada3. Tulisan yang bersifat memberikan informasi atau maklumat melalui huraian fakta yang dipaparkan.
dissemination of informationpenyebaran maklumatPentadbiranPentadbiran Awam

Kegiatan atau tindakan menyalurkan informasi secara meluas. Penyebaran maklumat ini berlaku dari individu kepada individu yang lain dan dari suatu tempat ke tempat yang lain. Penyebaran ini boleh berlaku melalui pelbagai medium seperti media massa, lisan, surat, memo, pesanan ringkas, internet, e-mel, arahan pekeliling, penerbitan organisasi dan papan kenyataan. Setiap maklumat yang disebarkan mempunyai mesej dan agenda tertentu yang hendak disampaikan seperti warta kerajaan, pekeliling baru, iklan jawatan kosong dan berita terkini dalam sesebuah jabatan.

efficient market theoryteori pasaran cekapPentadbiran PerniagaanTiadaTeori yang diasaskan atas andaian bahawa informasi baharu diserapkan dengan serta-merta dalam harga pasaran. Pelabur tidak lagi boleh memperoleh untung abnormal walaupun menggunakan maklumat ini dalam pemilihan sekuriti.
information eraera maklumatKomunikasiTiadaZaman yang kuat dipengaruhi oleh teknologi komunikasi yang berkembang pesat dan canggih. Pada zaman ini terdapat ramai ahli masyarakat yang terlibat dalam industri dan perkhidmatan komunikasi. era informasi.
minority rightshak golongan minoritiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak kelompok kecil orang yang sama keturunan, agama, bahasa, dan budaya yang tinggal di sesebuah negara, daerah atau tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, bahasa dan budaya. Hak golongan tersebut terbahagi kepada dua, iaitu pertama, hak normal individu seperti hak untuk hidup dan hak kepada harta, dan kedua, hak bersama. Hak bersama merangkumi hak untuk mengamalkan budaya sendiri, menganuti dan mengamalkan agama sendiri, serta menggunakan bahasa sendiri. Bagi orang kelainan upaya, hak mereka termasuklah hak mengakses kemudahan awam, informasi dan pekerjaan, serta hak mendapat pendidikan secara inklusif. Hak golongan minoriti hendaklah dijamin oleh kerajaan agar mereka terpelihara daripada diskriminasi, penganiayaan dan penindasan. Hak golongan minoriti ada disentuh oleh Waad Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966.
management information systemsistem maklumat pengurusanPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem maklumat berasaskan komputer yang direka bentuk bagi membantu pembentukan dasar bagi semua lapisan pengurusan. Sistem maklumat ini menggabungkan manusia, perkakasan, perisian, jaringan komunikasi dan sumber data yang kemudiannya diproses menjadi maklumat kepada organisasi. Sistem ini dibina mengikut langkah-langkah berikut (1) Analisis penggubalan keputusan iaitu mengenal pasti objektif sesuatu organisasi dan jenis keputusan yang dibuat bagi mencapai objektif tersebut. (2) Analisis maklumat yang diperlukan berbeza-beza tertakluk kepada keputusan yang dibuat. (3) Pengumpulan keseluruhan keputusan dengan keperluan maklumat yang sama. (4) Reka bentuk sistem pemprosesan maklumat iaitu merupakan mekanik bagi sistem informasi (5) Reka bentuk sistem kawalan iaitu sistem maklumat pengurusan berkemungkinan mengesahkan kekurangan dalam bahagian-bahagian tertentu.


Kembali ke atas