Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.for.ma.tif] | اينفورماتيف

Definisi : mengandungi (memberikan) maklumat, keterangan, dsb yg berguna bkn sesuatu: risalah itu sangat ~ dan berguna bagi para pelajar baru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata informatif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya bercadang untuk menghantar karya untuk terbitan DBP. Bagaimanakah caranya?. Adakah panduannya? Bagaimana proposal itu ingin dihantar? Misalnya, saya ada karya yang ingin diterbitkan, khas untuk kanak-kanak. Perlukah saya menghantar kesemua sekali gus karya yang telah siap atau saya perlu hantar proposal cadangan bersama contoh dulu? Bila DBP meluluskan dan bersetuju untuk diterbitkan baru saya hantar karya yang telah siap. Dan tema kanak-kanak yang bagaimana berkemungkinan besar menjadi pilihan DBP/ Terima Kasih. BasariWaalaikumussalam sdr., terima kasih kerana berminat untuk menulis dengan DBP. Pada dasarnya, pihak kami mengutamakan manuskrip yang dirancang. Pada tahun ini, kami memberi fokus terhadap penerbitan buku informatif sama ada deskriptif ataupun kreatif untuk kanak-kanak dan remaja. Bagi tujuan ini, kami mengalu-alukan kertas cadangan penulisan daripada penulis yang berminat. Sekiranya cadangan penulisan sdr. menepati tema yang dikehendaki, sdr. boleh meneruskan penulisan. Karya yang telah siap ditulis, kami akan ajukan ke Jawatankuasa Editorial untuk kelulusan penerbitan. Pelbagai tema boleh ditulis, antaranya sains dan teknologi, budaya, sejarah, pekerjaan, penyakit dan lain-lain. Pihak kami juga menerima manuskrip yang tidak dirancang, biasanya untuk karya kreatif seperti novel, puisi, cerpen dan cerita rakyat. Manuskrip lengkap (teks dan lakaran ilustrasi/gambar) hendaklah dihantar kepada  Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain31.05.2012
Assalamualaikum, saya seorang guru sekolah rendah pengkhususan pendidikan seni visual. saya telah hasilkan sebuah novel grafik /komik berilmiah untuk bacaan kanak-kanak, mempunyai jalan cerita seperti sebuah komik tetapi berteraskan pendidikan pengkhususan nutrien pemakanan, ia telah disemak oleh pegawai zat makanan daerah di sekolah. Adakah pihak tuan boleh mencadangkan bagaimana untuk saya mengetengahkan karya ini ke pasaran? untuk makluman, sebelum ini saya telah pun menghasilkan sebuah novel grafik/ komik yang lain untuk syarikat penerbitan buku Pekan Ilmu Publication, ianya telah diterima, namun hampir 2 tahun ia masih tidak diterbitkan.Salam Sdr. Yazid, Tahniah kerana berjaya menghasilkan buku dalam bentuk komik. Sekiranya novel sdr. telah lengkap (teks dan ilustrasi), bolehlah diajukan ke DBP untuk dinilai. Memang pihak kami sedang merancang untuk menerbitkan karya/buku informatif kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang karya yang telah diberikan kepada syarikat lain (menunggu untuk proses penerbitan). Sila hantar manuskrip kepada Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain14.06.2012

Kembali ke atas