Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate; ~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup; beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; beringinkan berkehendak akan, berharap akan; mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu; teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu; keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu atau hendak akan sesuatu: Kakak saya yg sedang hamil sangat ~ akan kedondong. mengingini mengharapkan benar-benar supaya tercapai atau mendapat sesuatu: Semua orang ~ kesenangan hidup. keinginan sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
long 2 vi; ~ to (do st), sangat ingin, ingin sekali: he’d been laid up for several weeks and was ~ing to get to work, dia telah terlantar beberapa minggu dan ingin sekali kembali bekerja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
long 2 ~ for so., /rindu akan, merindukan/ sso: the child ~ed for his parents, kanak-kanak itu rindu akan ibu bapanya; ~ for so. to do st, /amat ingin, ingin sekali/ sso membuat sst: her brother has been ~ing for her to visit him, adik lelakinya ingin sekali dia datang melawatnya; ~ for st, /ingin akan, mengingini, mengidam-idamkan/ sst; (food, drink) teringin hendak /makan, minum/ sst; (former surroundings, acquaintances, etc) /rindu akan, merindukan/ sst: he had always ~ed for wealth and position, dia sentiasa ingin akan kekayaan dan kedudukan; during his stay abroad, he ~ed for his mother’s cooking, semasa di luar negeri dia teringin hendak makan masakan ibunya; he ~ed for his native land, dia rindu akan tanah airnya; she ~ed for his return, dia rindu akan kepulangannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curiousadj 1. eager, interested (to learn, know) ingin tahu; (foll by infin) ingin (sekali): children are by nature, ~, memang sifat semula jadi kanak-kanak ingin tahu; she was ~ to see what he looked like, dia ingin sekali melihat rupa lelaki itu; 2. inquisitive, prying, suka ambil tahu: she is always ~ about her neighbours, dia suka ambil tahu ttg jirannya; 3. odd, aneh: a ~ thing happened, suatu perkara yg aneh terjadi; it is ~ how two very different people can live together, adalah aneh dua orang yg sangat berbeza dapat tinggal bersama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interested3. having curiosity aroused, ingin tahu (apa yg sedang berlaku): they were surrounded by ~ spectators while they argued, mereka dikelilingi beberapa pemerhati yg ingin tahu apa yg sedang berlaku semasa mereka bertengkar; 4. concerned, ingin tahu: I’m ~ to know how much you’ve spent, saya ingin tahu berapa banyak yg telah kamu belanjakan; we shall be ~ to hear the results, kami ingin tahu keputusannya; 5. be personally concerned so as to be partial, berkepentingan: ~ parties, pihak-pihak yg berkepentingan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eageradj 1. enthusiastic, /amat, sangat, sungguh/ berminat: an ~ student of foreign languages, pelajar yg sangat berminat mempelajari bahasa-bahasa asing; 2. impatiently desirous, ingin /sekali, benar/, sangat ingin, berhasrat benar: the team is ~ to win, pasukan itu ingin sekali hendak menang; ~ for success, ingin sekali mencapai kejayaan; 3. (of eyes, glance) penuh /minat, hasrat/: she pretended not to notice the man’s ~ glance, dia berpura-pura tdk melihat kerlingan penuh hasrat lelaki itu; his ~ eyes devoured the food on the table, matanya yg penuh hasrat itu seolah-seolah menelan makanan yg terhidang di meja; 4. (of embrace) penuh rindu dendam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquisitiveadj 1. fond of finding out esp about other people, bersikap ingin tahu: she is always ~ about other people’s affairs, dia selalu bersikap ingin tahu ttg hal orang lain; 2. showing such a tendency, ingin tahu: she cast him an ~ look, dia melemparkan pandangan ingin tahu kpd lelaki itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wishvt 1. want (what is at present impossible) ingin: I ~ I had the money to travel, saya ingin ada wang utk mengembara; I ~ I were rich and famous, saya ingin menjadi kaya dan masyhur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curiosityn 1. eagerness to learn, sifat ingin tahu; (derog), (sikap) suka ambil tahu: children have a natural ~ about the human body, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yg semula jadi ttg tubuh badan manusia; your ~ may lead you into trouble, sikap suka ambil tahu kamu itu nanti akan menyusahkan kamu; be burning with ~, ingin tahu sangat: we were burning with ~ as to what was being said in the next room, kami ingin tahu sangat ttg apa yg diperkatakan di bilik sebelah; 2. so. or st strange, keanehan, keganjilan: a veiled woman would be a ~ in that country, wanita yg memakai purdah merupakan suatu keanehan di negara itu; that old wing chair is quite a ~, kerusi lama yg bersayap itu merupakan suatu keanehan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
should I ~ like, saya ingin: I ~ like to ask the treasurer whether..., saya ingin bertanya kpd bendahari sama ada ...; I ~n’t like, saya tdk mahu: I ~n’t like to hurt their feelings, saya tdk mahu menyinggung perasaan mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
itch~ for, ingin /sangat, sekali, benar, sungguh/: he was~ ing for the chance to prove his ability, dia ingin sekali membuktikan kebolehannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas