Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate; ~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup; beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; beringinkan berkehendak akan, berharap akan; mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu; teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu; keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu atau hendak akan sesuatu: Kakak saya yg sedang hamil sangat ~ akan kedondong. mengingini mengharapkan benar-benar supaya tercapai atau mendapat sesuatu: Semua orang ~ kesenangan hidup. keinginan sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya berkenaan penggunaan "ingin anda" dan "anda ingin". Adakah ayat ini betul mengikut hukum Aneksi Pesona? "Ulangi langkah ini dengan mana-mana item yang ingin anda susun semula.". Sering timbul kekeliruan berkenaan hal ini, menurut fahaman saya tentang Aneksi Pesona, kata ganti nama kedua (anda) harus diikuti kata kerja (susun semula). Mohon penjelasan dan pengesahan pihak DBP. Terima kasih

Ulangi langkah ini dengan mana-mana item yang ingin anda susun semula." Ayat tersebut betul dan mengikut hukum Aneksi Persona.

Lain-lain30.08.2022
Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan nama kedai yang ingin diguna pakai. Adakah boleh sekiranya saya ingin menggunakan nama singkatan untuk nama kedai? sebagai contoh : nama syarikat dalam SSM arman business . saya ingin menggunakan ARMN Auto sebagai nama kedai? ARMN adalah singkatan untuk ARMAN adakah boleh dapat pelepasan DBP?Untuk makluman pihak puan, sebaik-baiknya nama yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) digunakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sekiranya akronim atau singkatan hendak digunakan perlulah menepati syaratnya dan nama penuh syarikat juga perlu diletakkan di bawah akronim atau singkatan tersebut.

Contoh:

BDSB
Berjaya Dinamik Sdn. Bhd.

Untuk contoh yang diberikan, singaktan ARMN boleh digunakan tetapi nama penuh syarikat juga perlu diletakkan di bahagian bawah, manakala perkataan Auto tidak boleh digunakan kerana merupakan bahasa Indonesia yang membawa maksud kereta.
Lain-lain11.09.2021
Ingin tahu perlukah minit mesyuarat itu ditandatangani oleh pencatat atau tulis nama pencatat sahaja .Pada bahagian akhir/penutup minit mesyuarat dicadangkan untuk diletakkan nama penuh pencatat, jawatan dan tarikh diikuti dengan penyemak dan pengesah minit mesyuarat. Contoh:


Disediakan oleh: 

  tandatangan
.......................
(NAMA PENUH PENCATAT)
Jawatan
Tarikh
Lain-lain22.02.2024
Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Centralized Biomethane Injection Station 1. Stesen Penyuntikan Biometana Berpusat 2. Stesen Penyuntikan Bio-metana Berpusat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, IkhwanCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Centralised Biomethane Injection Station ialah Stesen Suntikan Biometana Berpusat.Penyemakan dan penterjemahan13.02.2024
Ingin penceramah daripada DBP untuk panggilan salutasi dalam majlis rasmiSaudara,

Boleh bertanya terus pada Bahagian Akademi melalui nombor telefon 03-2147 9000.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain13.11.2022
Ingin mendapatkan khidmat nasihat untuk nama jalan perindustrian.

Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan sebuah buku yang diberi nama Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh masyarakat pengguna bahasa dalam aspek penamaan. Saudara boleh merujuk buku ini untuk mendapatkan panduan tentang penamaan. Penamaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu dan tidak bertentangan dengan perlembagaan, undang-undang dan kepercayaan agama mana-mana suku kaum di negara kita, yang ringkas, mudah diucapkan, sedap didengar, tidak berkonotasi negatif dan bermakna positif dan tepat, seboleh-bolehnya yang terakam di dalam Kamus Dewan.

Dalam hal penamaan yang dikemukakan adalah lebih baik nama tersebut dibentuk dalam bahasa kebangsaan dan beridentiti nasional, contoh: "Jalan Seri Murni", "Jalan Harmoni" dan sebagainya. 

Lain-lain24.02.2022
INGIN MENDAPATKAN PENGESAHAN DAN PENCERAHAN BERKAITAN DEFINISI STRUKTUR TIDAK KEKAL STRUKTUR YANG MUDAH UNTUK DIPASANG DAN DI BUKA SEMULA SERTA BOLEH DIUBAH-UBAH LOKASINYA.

Kekal bermaksud dalam keadaan tidak berubah atau tetap pada kedudukan atau pada tahap yang tertentu, tidak bersifat sementara dan berterusan.

Berdasarkan makna tersebut, struktur tidak kekal boleh diterjemahkan kepada struktur yang berubah atau tidak tetap pada kedudukan, bersifat sementara dan tidak berterusan.

Makna29.10.2021
Ingin terjemahan dalam bahasa melayu bagi "car suspension"Cadangan terjemahan bagi 'car suspension' ialah sistem ampaian kenderaanMakna19.10.2021
ingin menyemak ejaan jawi pada papan iklanEjaan yang betul ialah:
1) تامن اينده تليار ايس. بي. جيه.
2) SDN. BHD. (tambah titik untuk singkatan)
3) UNTUK BUKAN BUMIPUTERA

Sila buat permohonan papan iklan di https://pb.dbpsahbahasa.my. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses.



Lain-lain12.10.2021
Ingin bertanya penggunaan kata "yang". Adakah "yang" mesti digunakan atau boleh tidak digunakan, contoh: "Forum yang diadakan secara maya ini telah diikuti oleh 500 peserta, (yang) terdiri daripada wakil-wakil industri dan syarikat berkaitan kerajaan." Adakah dibenarkan jika kita tidak menggunakan kata "yang" dalam ayat di atas?Ayat ini perlu dimasukkan perkataan yang, iaitu Forum yang diadakan secara maya ini telah diikuti oleh 500 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil industri dan syarikat berkaitan kerajaan.Lain-lain09.08.2021
12345678910...

Kembali ke atas