Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI NIL

Sungai Nil ialah sungai terpanjang di dunia. Ia

mengalir sepanjang 6671 kilometer melalui timur

laut Afrika. Sungai Nil berpunca berdekatan Garisan

Khatulistiwa dan mengalir ke Laut Mediterranean.

Sungai ini mengairi kira-kira 2.4 juta hektar tanah di

Mesir dan kira-kira 1.1 juta hektar di Sudan.

UMUM 
SOFIA

Sofia (pend. 1 056 945; pend. kaw. met. 1 142 582)

ialah ibu negara dan bandar terbesar di Bulgaria,

di samping merupakan pusat ekonomi dan

kebudayaan yang terpenting. Bandar ini terletak di

barat Bulgaria dan dikelilingi oleh Banjaran Balkan

dan banjaran gunung lain. Untuk lokasinya, lihat

Bulgaria (peta).

UMUM 
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA

Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)

mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian

ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang

terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu

perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua

anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan

Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas

Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam

perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995.

UMUM 
REPUBLIK CZECH

Republik Czech ialah negara yang terletak di

tengah Eropah yang memperoleh kemerdekaan

pada 1 Januari 1993. Negara ini bersempadan

dengan Poland di sebelah utara, Slovakia di

sebelah timur dan Jerman di sebelah barat. Prague

ialah ibu negaranya dan bandar yang terbesar. Dari

tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, kawasan

yang kini Republik Czech bersatu dengan Slovakia

bagi membentuk sebuah negara yang lebih besar

dikenali Czechoslovakia.

UMUM 
SAN JUAN

San Juan (pend. 434 849; pend. kaw. met.

1 086 376) ialah ibu negara dan bandar terbesar di

Puerto Rico. Bandar ini juga merupakan pelabuhan

utama pulau ini. Bahagian lama bandar ini terletak di

pulau di luar pinggir laut utara Puerto Rico. Kawasan

kediaman yang baru terletak di pulau utama. Empat

buah jambatan dan sebatang jalan dibina untuk

menghubungkan kedua-dua bahagian tersebut.

UMUM 
DIDGERIDOO

Didgeridoo ialah sejenis alat muzik yang

digunakan oleh Orang Asli Australia di utara

Australia dalam upacara keagamaan. Kebanyakan

alat ini panjangnya lebih kurang 1.5 meter tetapi

ada juga yang panjangnya 3 hingga 4.5 meter.

UMUM 
SUNGAI MACKENZIE

Sungai Mackenzie, di Wilayah Timur Laut, ialah

sungai terpanjang di Kanada. Sungai ini mengalir ke

utara dan barat sejauh kira-kira 1700 kilometer dari

Tasik Great Slave menuju ke Laut Beaufort.

Kebanyakan bahagian sungai ini melebihi 1.5

kilometer lebar. Kira-kira 1500 meter padu air

mengalir ke muaranya pada setiap saat. Air yang

mengalir masuk ke Sungai Mackenzie berpunca dari

anak sungai, termasuklah Sungai Liard, Sungai Great

Bear, Sungai Red Artik dan Sungai Peel. Air juga

masuk dari Tasik Great Slave melalui Sungai Slave

yang mengumpul air dari Sungai Peace dan Sungai

Athabasca. Sungai Mackenzie mengambil sempena

nama pengembara Kanada, Sir Alexander Mackenzie.

UMUM 
NEBRASKA

Nebraska (pend. 1 584 617) ialah negeri di

kawasan barat tengah Amerika Syarikat. Negeri ini

adalah sebuah kawasan pertanian utama. Hasil

tanaman utamanya ialah jagung. Nama julukan bagi

Nebraska ialah Cornhusker State . Nama Nebraska

berasal dari perkataan Orang Asli Amerika Oto,

iaitu nebrathka .

UMUM 
PERTH

Perth (pend. 1 143 265) ialah ibu negeri dan pusat

perniagaan Australia Barat. Bandar ini terbentang di

sepanjang dataran di antara Lautan Hindi di barat dan

bukit bukau Tubir Darling di timur. Perth terletak

3352 kilometer dari Sydney. Kira-kira 70 peratus

penduduk Australia Barat tinggal di Perth.

UMUM 
NAGPUR

Nagpur (pend. 1 617 951) ialah bandar India dalam

negeri Maharashtra. Bandar ini bergilir-gilir

dengan Mumbai mewakili kerusi dalam badan

perundangan negeri. Bandar ini terletak di Sungai

Nag. Untuk lokasi, lihat India (peta politik).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas