Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ni.sia.tif] | اينيسياتيف

Definisi : daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); berinisiatif mempunyai inisiatif: pegawai yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ni.sia.tif] | اينيسياتيف

Definisi : 1 daya usaha yg mula-mula: mengambil ~ memulakan sesuatu usaha. 2 kebolehan utk melihat apa-apa yg perlu dilakukan dan berusaha pula utk menjayakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inisiatif (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan dorongan, kedinamikan, daya usaha, daya cipta, kepimpinan, ikhtiar, prakarsa.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INISIATIF PERTAHANAN STRATEGIK UMUM 
ENSIKLOPEDIA ARAB ANTARABANGSA

Ensiklopedia Arab Antarabangsa ialah

satu projek Arab Saudi di bawah inisiatif dan

biayaan seorang ahli keluarga diraja, iaitu Putera

Sultan ibn Abd al-Aziz al-Sa’ud, Timbalan Kedua di

Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Arab Saudi.

UMUM 
PARTI LIBERAL AUSTRALIA

Parti Liberal Australia ialah parti politik yang

menyokong inisiatif dan usaha individu dan bersifat

konservatif terhadap persoalan sosial dan moral

UMUM 
KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

MAKTAB SULTAN ABDUL HAMID, sekolah kerajaan. Sekolah ini terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah. Nama asal Maktab Sultan Abdul Hamid ialah Sekolah Inggeris Kerajaan (Government English School). Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 8 Disember 1908 dengan inisiatif Syekh Ahmad, Penguasa Pelajaran Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
LEMBAGA PENDIDIKAN RAKYAT

LEMBAGA PENDIDIKAN RAKYAT, badan pengurus sekolah-sekolah rakyat atau ringkasnya LEPIR. Selepas Perang Dunia Kedua, masyarakat Melayu aktif dalam kegiatan politik namun aspek pendidikan lebih diutamakan ke arah memperjuangkan kelangsungan hidup bangsa Melayu. Misalnya, parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mengambil inisiatif menubuhkan Derma Pelajaran UMNO, dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pula memilih salah satu daripada tunggak perjuangannya untuk mendirikan sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
WATANIAHWATANIAH, pasukan sukarela.  Wataniah kini dikenal sebagai Askar Wataniah.  Pasukan ini telah wujud di Tanah Melayu sejak  tahun 1861 iaitu  dengan tertubuhnya Pasukan Penang Volunteers di Pulau Pinang.  Pasukan ke-2 Penang Volunteers ditubuhkan pada 29 Jun 1899. Di Melaka, Malacca Company Singapore Volunteer Corps ditubuhkan pada 25 Oktober 1901.  Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula menubuhkan Malay States Volunteers Rifles (MSVR) pada tahun 1902. Sultan Ibrahim, Johor mengambil inisiatif  menubuhkan Johore Volunteers Forces bagi orang Melayu pada tahun 1905.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas