Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
inovasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pembaharuan, perubahan, revolusi, fitur baru, kebaruan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reengineeringrekayasa semulaEkonomiTiada1. Satu pendekatan inovasi atau strategi dalam perniagaan yang memerlukan sesebuah organisasi atau syarikat menilai semula prosedur untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti keluaran atau perkhidmatan supaya memperoleh daya saing dalam perniagaan, khususnya dengan menggunakan teknologi maklumat dan peralatan komputer.
functional conflictkonflik fungsianPengurusanPerancangan1.����� Percanggahan yang timbul antara fungsi atau jabatan yang berbeza dalam organisasi, yang didorong oleh perbezaan matlamat masing-masing. Konflik ini boleh berlaku disebabkan oleh sumber yang terhad dan jangkaan prestasi yang tinggi sehingga mewujudkan persaingan antara fungsi dan jabatan. Contohnya, jabatan kewangan yang berfungsi mengawal belanjawan dan kos operasi sesebuah perniagaan mungkin menghadapi konflik dengan jabatan pengeluaran apabila jabatan pengeluaran menuntut tambahan peruntukan untuk membeli mesin baharu bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran perniagaan tersebut. Lihat juga pengurusan konflik. 2. Percanggahan membina yang timbul dalam kalangan ahli dalam satu kumpulan kerja, yang membawa kepada penghasilan yang lebih baik dari segi kualiti keputusan kerana cetusan kreativiti dan inovasi yang berlaku dalam kumpulan. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, ahli kumpulan digalakkan memberikan pendapat dan membahaskan pandangan sesama mereka sehingga tercapai suatu idea yang bernas. Lihat juga pengurusan konflik, konflik gugatan.

Kembali ke atas