Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.no.va.tif] | اينوۏاتيف

Definisi : merupakan (bersifat) inovasi: Long Thien Shih yg terkenal dgn karya-karya yg ~ belajar di bawah tunjuk ajar S.W. Hayter di Atelier 17, Paris; perubahan secara kreatif dan ~; pembentukan metafora dlm puisinya terasa segar dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inovatif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud inovatif?Inovatif bermaksud merupakan/bersiafat inovasi iaitu sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru.Makna18.01.2010
Adakah betul ayat tema "Inovatif menjana transformasi" atau "Inovatif teras transformasi" dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi

Perkataan yang lebih sesuai untuk tema ialah "Inovasi menjana transformasi", Inovasi teras transformasi dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi".
Tatabahasa16.05.2013
Ketepatan Tema: Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti. Bolehkah digunapakai?Frasa "Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti" tidak tepat dari segi maknanya. Cuba lihat makna tiap patah kata satu per satu, transformasi bermaksud perubahan bentuk, kreativiti bermaksud kebolehan mencipta/daya kreatif, inovatif bermaksud bersifat inovasi dan berkualiti.Tatabahasa18.03.2013
beza makna inovatif dan isentifrujuk kamus dewanLain-lain13.04.2007
Penggunaan perkataan progress untuk ayat Contoh : Bengkel Pembentangan Laporan Progress Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)Bengkel Pembentangan Laporan Kemajuan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).Tatabahasa18.01.2017
Apakah perbezaan kreatif dengan inovatif ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

kreatif  kata adjektif
1 (bekenaaan dengan seseorang) berkebolehan mencipta atau menghasilkan sst yg baharu, unik dan menarik serta berbeza drp yg lain:
Guru-guru yg kreatif dapat menarik minat pelajar dlm kelas.

2 (berkenaan dengan karya, penulisan dsb) bersifat unik, menarik dsb yg dihasilkan melalui daya imaginasi yg tinggi:
Karya-karya ini merupakan hasil kreatif pujangga tempatan dan sangat penting dlm perkembangan kesusasteraan Melayu

inovatif kata adjektif
(berkenaan dengan kaedah, idea dsb) bersifat inovasi:
Pelajar didedahkan dgn kaedah berfikir yg kreatif dan inovatif dlm menjana idea perniagaan.

inovasi kata nama 
1 teknik, sistem dll yg baru diperkenalkan sbg penambahbaikan kpd yg sedia ada: Bank ini telah menghasilkan beberapa inovasi dlm perkhidmatan bank, spt rangkaian ATM.
2 tindakan, usaha, daya dsb mengadakan atau memulakan sst yg baharu:
Kita perlu menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan inovasi mereka.
kata kerja transitif 3 lihat menginovasi;

Dapat disimpulkan, sesuatu yang kreatif bersifat menarik, unik dan istimewa sifatnya, berbanding sesuatu yang inovatif biasanya dapat menjimatkan kos, tenaga, masa dsb dalam kehidupan kita.
Makna02.05.2023
Motosikal ini mempunyai ciri-ciri yang inovatif serta reka bentuk yang lebih tegar. Bolehkah perkataa tegar digunakan? Jika tidak, apakah perkataan yang lebih tepat? T.kasih

Perkataan tegar tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana tegar lebih membawa kepada perasaan seperti keras hati, degil dan sebagainya. Cadangan kami, ialah 'Motosikal ini mempunyai ciri-ciri yang inovatif serta reka bentuk yang lebih menarik'.

Istilah19.01.2011
Berikut adalah tema konvensyen yang akan kami adakan. Mohon untuk menyemak tema mengikut bahasa melayu yang betul. a. Inovasi Kreatif Menjana Transformasi. ( ayat macam tergantung?) b. Inovasi Kreatif Penjana Transformasi.( inovasi kreatif menjadi subjek) c. Inovatif Penjana Transformasi(inovasi+ kreatif = inovatif?) D. Lain cadangan dari pihak tuan jika ada.Tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu wacana. Tema boleh dihasilkan dalam bentuk ayat atau frasa. Pada pandangan kami, tema  'Inovasi Kreatif Menjana Transformasi' dan 'Inovasi Kreatif Penjana Transformasi', kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa12.04.2011
salam... Tuan/Puan, Soalan pertama: saya ingin mendapatkan maksud kepada perkataan Generasi Y. Soalan kedua: Berikut adalah salah satu tajuk seminar kami, adakah penggunaannya bahasanya betul?..."Kekal Kreatif Kekal Inovatif : Generasi Y". Soalan ketiga: Bolehkah kami mendapatkan beberapa tajuk seminar yang melibatkan "Generasi Y'. Sekian, terima kasih. Nurul (LIC, MPC)Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran.  Tajuk sesuai ialah "Generasi Y: Kekal Kreatif, Kekal Inovatif" atau "Generasi Y: Kreatif dan Inovatif". Belum ada lagi tajuk dan rujukan seminar tentang Generasi Y dalam sumber rujukan kami.Lain-lain06.04.2011
Kad Kredit-i dan Kad Debit-i kini boleh digabungkan dengan rangkaian produk-produk inovatif daripada Bank Rakyat untuk terus mencapai kemakmuran seisi keluarga. Kad Kredit-i / Kad Debit-i dengan Kelab Nuri dan Pilih salah satu produk berikut:

 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain15.11.2017
12

Kembali ke atas