Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.sa.niah] | انسانية

Definisi : Ar berkaitan dgn manusia, bersifat kemanusiaan: faktor ~ atau akhlak harus dikaitkan dlm falsafah pendidikan; sesebuah karya tidak terhasil dlm kekosongan, tetapi sebaliknya melalui proses interaksi alamiah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata insaniah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP tentang maksud bagi frasa nama khas ' Teras Insaniah' dan 'Teras Sokongan' dalam ayat 'Penyelesaian masalah sosial akan dapat diusahakan dengan membangunkan Teras Insaniah sebagai faktor dalaman dan Teras Sokongan sebagai faktor luaran.' Adakah Teras Insaniah yang dimaksudkan ialah sejenis kursus yang berkaitan dengan kemanusiaan dan juga Teras Sokongan ialah kursus kemahiran seperti kemahiran dalam bidang yang tertentu. Terima Kasih.Seperti yang dinyatakan sebelum ini, data kami memberikan maksud perkataan demi perkataan, bukan frasa. Teras dikiaskan kepada sesuatu yang terpenting, insaniah bersifat kemanusiaan dan sokongan ialah tunjangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kamus atau laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Makna04.12.2014
Maaf, saya terlupa memberi catatan bahawa soalan kedua saya tentang Teras Insaniah juga dipetik daripada buku yang berjudul ' Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia ' oleh A. Aziz Deraman. Terima Kasih.Kami ambil maklum maklumat tersebut.Lain-lain04.12.2014
apakah istilah/perkataan yang betul untuk perkataan "softskill"Istilah/perkataan yang digunakan untuk 'softskill' ialah kemahiran insaniah.Istilah30.05.2007
Salam sejahtera kepada admin, saya mohon penjelasan mengenai makna/tafsiran perkataan berikut : 1. kebolehpasaran - marketability 2. kebolehkerjaan - workability 3. kebolehgajian - employbility Selain menerangkan perbezaan ketiga tiga istileh tersebut, mohon contoh dalam penggunaan ayat yang tepat. jika dikaitkan dengan kemahiran insaniah/softskills dan technical skills istilah mana yang paling tepat digunakan.. mohon pencerahan dalam laras bahasa ekonomi Sekian terima kasih.1. kebolehpasaran - marketability
2. kebolehkerjaan - workability
3. kebolehgajian - employability
Ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam wacana yang berkaitan dengan konteks ekonomi, sosial dan pendidikan. Walau bagaimanapun tidak ada maklumat rinci tentang ketiga-tiga perkataan yang tersebut.
Tatabahasa24.04.2015
Assalamu'alaikum wbt... Saya wakil Persatuan Sains Kesihatan USM Kampus Kesihatan ingin memohon nasihat dan semakan untuk Visi, Misi dan Moto Persatuan. VISI PSK Menjadi persatuan yang progresif, proaktif dan efektif terhadap pembangunan mahasiswa sains kesihatan yang cemerlang dan berkualiti untuk kesejahteraan masyarakat. MISI PSK PSK bertekad untuk menjadi persatuan yang mampu 1.Memantapkan akademik, intelektual dan pengetahuan mahasiswa bagi membentuk mahasiswa yang cemerlang dan terkehadapan. 2.Memperkasa pembangunan mahasiswa dalam aspek kerohanian, insaniah dan kepimpinan. 3.Memberi komitmen dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sepanjang pengajian. 4.Membantu Pusat Pengajian dalam mewujudkan suasana persekitaran yang baik dan kondusif. 5.Membentuk komuniti mahasiswa sains kesihatan yang muhibah dan bermanfaat kepada masyarakat. MOTOSoalan saudara di luar skop khidmat nasihat yang kami sediakan. Untuk makluman saudara, Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah dan tatabahasa. Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara, bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan, kegiatan sastera kanak-kanak dan remaja, carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti. Lain-lain19.03.2011

Kembali ke atas