Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.sén.tif] | اينسينتيف

Definisi : (inséntif) sesuatu (yg berupa kebendaan atau tidak) yg diberikan atau ditawarkan sbg dorongan atau galakan, dorongan, galakan: berbagai-bagai ~ disediakan utk pelabur asing menanam modal di negara ini; di samping itu beliau menawarkan barangan mekap kpd setiap ahli yg menghadiri kelas solekannya sbg ~ utk pelanggannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
insentif (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan dorongan, pendorong, galakan, penggalak, rangsangan, perangsang, ganjaran.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan INSENTIF dan GANJARANInsentif bermaksud sesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, manakala ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat.Makna26.09.2012
Apakah perbezaan perkataan insentif dan inisiatif? Berikan contoh ayat untuk kedua perkataan di atas.

(insentif) pemberian dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan oleh kerajaan, penjual, syarikat dsb, sbg galakan atau dorongan untuk bekerja lebih kuat, melabur, membeli.

Contoh ayat:  Kerajaan Malaysia juaga banyak memberi insentif dr segi pelaburan dan pengurangan cukai dlm bidang pertanian. (KAMUS DEWAN PERDANA)

 

(inisiatif) daya usaha tindakan dll yg mula-mula diambil utk menyelesaikan sst masalah, menangani sst projek.

Contoh ayat:  PBSM menawarkan skim kewangan dan inisiatif dlm usaha meningkatkan kemahiran buruh tempatan. (KAMUS DEWAN PERDANA)

 

(inisiatif) kebolehan utk melihat apa-apa yg perlu dilakukan dan berusaha utk menjayakannya.

Contoh ayat:  Bagi dunia Islam, inisiatif menggunakan emas utk penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi utk menguatkan dan menyatukan dunia Islam. (KAMUS DEWAN PERDANA)

Makna21.09.2023
Berapakan royalti/insentif untuk penulisan artikel bagi majalah umum dan pendidikan .Bagi rencana umum, kadar honorarium ialah RM300 setiap rencana.Lain-lain05.05.2008
bina ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 patah perkataan 1 insentif = 2 terangkat = 3 menghadiahi = 4 mengharapkan= 5 memangkas= 6 menebas= 7 tangkapan= 8 penangkapan=

Sdr Majidee,

Untuk makluman sdr, selain Kamus Dewan memberikan makna perkataan, Kamus Dewan juga turut menyediakan contoh ayat untuk menjelaskan makna sesuatu kata. Misalnya, kata intensif  yang bermaksud dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara intensif. Oleh itu, sdr dicadangkan agar menggunakan Kamus Dewan untuk membantu sdr memahami makna kata, pembentukan kata dan membina ayat. Sdr juga boleh menggunakan kamus dalam talian dalam laman sesawang DBP.

Lain-lain22.05.2009
Apakah kaedah penerbitan yang digunakan oleh DBP dari segi bidang penerbitan, kos bayaran penulisan? Ada skala tertentu dalam menentukan bayaran berkenaan?DBP menerbitkan manuskrip yang dirancang dan yang tidak dirancang berpaksikan Dasar Penerbitan DBP. Manuskrip ini boleh diterbitkan secara konvensional (bercetak) dan elektronik bergantung pada kesesuaian. Bagi manuskrip yang dirancang, penulis akan diberi insentif penulisan sebanyak RM1,000.00 setelah manuskrip itu siap ditulis dan diluluskan untuk diterbitkan oleh DBP.Lain-lain25.11.2008
sama ada ayat-ayat di bawah betul? 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan bagi (untul/demi) memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan. 4. amalan saling kunjung-mengunjungi merupakan suatu amalan yang ,ulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan thelah mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Preses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barang kecil kerana pada usia ini gemar memasukkan ke dalam mulut mereka.

Ayat yang betul ialah:

1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar.

2. Satu gagasan demi perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

3. Pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada demi perpaduan dan kestabilan negara. - untuk ayat kedua dan ketiga rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 dan 277.

4. Amalan saling berkunjung (atau kunjung-mengunjungi) adalah amalan yang mulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia.

5. Proses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. Pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barangan kecil kerana pada usia ini kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.

Tatabahasa17.02.2011
saya amat meminati bidang penterjemahan dan ingin mengikuti kursus tersebut.bila di google perpapar DBP tetapi bila dilayari laman webnya, tiada info ttgnya.DBP ada tawarkan kurus tsb?Bila, di mana dan berapa kosnya?saya fasih bhs ingg. dan jg bhs melayu dan merupakan seorg guru di sek menengah di shah alam.harap dpt membantu.terima kasih.Kursus penterjemahan secara insentif ditawarkan oleh  Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN) melalui talian 03-4149 7210 atau Persatuan Penterjemah Negara (PPM)-(03- 21424381)/Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia. DBP menawarkan Kursus Penataran Bahasa Melayu: Bahasa Melayu dalam Penterjemahan, dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Puan Faridah Ab. Rahman melalui talian 03-2147 9220 (Akademi DBP).Lain-lain29.01.2014
Minta jasa baik dari pihak tuan untuk menyemak (banner) kain rentang seperti yang di lampirkan. terima kasih.
Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun berjaya diaktifkan.

Pilih Daftar Permohonan > Daftar Iklan, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan) dan buat bayaran setelah permohonan iklan berjaya didaftarkan.

Bagi visual iklan yang dilampirkan, sila buat pembetulan seperti yang berikut:
1. RM2000 - RM2800
2. Termasuk Kerja Lebih Masa dan Insentif
3. HANTARKAN XXX MELALUI:
4. Setiap simbol & perlu dieja penuh, dan atau DAN
5. Jarakkan ejaan TEMU DUGA
6. CUTI TAHUNAN
7. ELAUN SYIF
8. SUBSIDI KANTIN

Walau bagaimanapun, pembetulan ini bergantung pada catatan pelanggan yang akan diberikan oleh petugas semakan iklan.
Lain-lain19.10.2021

Kembali ke atas