Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.sén.tif] | اينسينتيف

Definisi : (inséntif) sesuatu (yg berupa kebendaan atau tidak) yg diberikan atau ditawarkan sbg dorongan atau galakan, dorongan, galakan: berbagai-bagai ~ disediakan utk pelabur asing menanam modal di negara ini; di samping itu beliau menawarkan barangan mekap kpd setiap ahli yg menghadiri kelas solekannya sbg ~ utk pelanggannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
insentif (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan dorongan, pendorong, galakan, penggalak, rangsangan, perangsang, ganjaran.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
incentive systemsistem insentifPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem ganjaran yang diberikan kepada kakitangan sebagai galakan bagi meningkatkan motivasi kerja. Secara umum sistem insentif boleh diklasifikasikan kepada bentuk material dan bukan material. Insentif material biasanya diberikan oleh organisasi dalam bentuk wang dan barangan. Pemberian bonus pada setiap tahun belanjawan adalah contoh insentif material. Insentif bukan material pula biasanya berbentuk penghormatan seperti anugerah tokoh khidmat cemerlang yang biasanya diberikan secara tahunan kepada kakitangan yang telah menyumbang khidmat cemerlang.

economic instrumentinstrumen ekonomiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauFiskal dan bentuk insentif lain serta bukan insentif yang digabungkan dengan kos alam sekitar dan keuntungan dalam perbelanjaan perniagaan dan isi rumah. Instrumen ekonomi bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran yang mesra alam sekitar, kemampanan penghasilan dan penggunaan melalui harga kos penuh.
wage incentiveinsentif upahPentadbiranTiadaInsentif dalam bentuk kewangan yang diberikan oleh pihak majikan kepada pekerja supaya daya pengeluaran mereka bertambah.
group incentiveinsentif kumpulanPentadbiranTiadaSkim insentif kerja bagi rancangan pengeluaran yang berpandukan kerja bagi rancangan dan bukannya prestasi perseorangan.
Promotion of Investment Act 1986Akta Penggalakkan Pelaburan 1986EkonomiTiadaAkta ini memberi berbagai-bagai insentif untuk menggalakkan pelaburan dalam industri pembuatan, pertanian dan pelancongan, seperti insentif taraf perintis, elaun cukai pelaburan, potongan pendapatan eksport, elaun eksport dan potongan dua kali untuk promosi eksport.
incentive regulationperaturan insentifPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan perlesenan, undang-undang, kawalan harga atau upah yang secara langsung akan mempengaruhi sikap atau dasar sama ada kepada pekerja, syarikat, pelabur ataupun pengeksport. Dengan sesuatu tindakan di atas secara langsung sikap atau tindakan individu atau syarikat itu akan berubah atau melakukan dasar yang berbeza sebagai reaksi kepada tindakan tersebut. Dengan cara ini insentif itu secara tidak langsung akan berkembang mengikut mekanisme tersendiri atau secara lebih teratur. Biasanya peraturan insentif ini dilakukan bagi meningkat pelaburan, keuntungan, transaksi, memperbaiki perkhidmatan ataupun meningkat kecekapan kerja.

abatement of income for exportspengurangan pendapatan eksportEkonomiTiadaInsentif pelaburan yang diberi di bawah Akta Galakan Pelaburan kepada syarikat pembuatan yang mengeksport secara langsung atau melalui ejen-ejen keluaran yang dikeluarkan di dalam negeri. Insentif ini adalah dalam bentuk potongan kiraan pendapatan yang bergantung kepada nilai eksport.
incentiveinsentif/galakanPendidikanTiadaTiada
incentiveinsentif/galakanPentadbiranTiadaTiada
incentiveinsentif/galakanEkonomiTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas