Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.si.nyur] | اينسيڽور

Definisi : IB jurutera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata insinyur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Bagaimanakah cara menulis gelaran "Ir." di dalam tulisan Jawi? Adakah "اينسيڽور" daripada istilah "Insinyur" boleh dipakai atau hendak dikekalkan dengan menulis "اءي. ار."? Terima kasih.Ir. ialah kependekan kepada insinyur, iaitu jurutera. 


Ir. = اي. ر.
Insinyur = اينسينيور

Lain-lain27.08.2021
1. Tuan, dalam konteks Malaysia, adakah singkatan "Ir." bagi Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia) dan lulusan universiti tempatan atau United Kingdom merujuk kepada gelaran "Insinyur" atau "Ingenieur"? Di Eropah, singkatan "Ir." adalah untuk gelaran "Ingenieur". Bukankah istilah "Insinyur" berasal dari Bahasa Indonesia dan bermaksud sarjana keteknikan lulusan negara tersebut? 2. Seperkara lagi, apakah sebutan yang betul untuk singkatan "Ir."? Apakah ianya disebut dengan nama penuh "Ingenieur/Insinyur" atau I R (disebut dengan dua huruf ini sahaja) kerana dalam sesetengah majlis rasmi ada pengacara majlis menyebutnya dengan sebutan I R sahaja. Dalam masa yang sama, singkatan "Dr." tidak pula disebut D R tetapi dengan nama penuh "Doktor".Dalam Kamus Dewan, ejaan "Ir" dilabelkan sebagai bahasa Indonesia dan kependekan bagi Insinyur. Sedikit maklumat yang kami peroleh, mengikut amalan di negara kita gelaran "Ir" d iberikan kepada jurutera bertauliah yang telah lulus ujian kelayakan profesional. Gelaran tersebut disebut mengikut ejaan huruf yang diwakili, iaitu Ir (I.R) sama seperti Ar (A.R) bagi Arkitek, berbeza dengan amalan di negara jiran kita yang menyebut dengan ejaan penuh Insiyur. Untuk amklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pihak Lembaga Jurutera Malaysia, pihak yang berwenang dalam hal berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2015
Asslamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya, mengapa terdapat perbezaan ejaan singkatan dalam Jawi bagi encik (en., alif), insinyur (ir., alif ya. ra) dan doktor (dr, dal) ? Boleh minta jelaskan dengan lebih terperinci?
Nama khas yang berupa jawatan, pangkat, gelaran dan nama khas bukan nama diri yang lain sebolehnya ditulis dengan bentuk kata atau ejaan yang penuh dalam tulisan Jawi. Namun, jika ada keperluan untuk meringkaskannya, maka singkatan tersebut hendaklah dieja dengan padanan huruf Jawi bagi huruf pertamanya dalam Rumi dan diikuti tanda titik selepasnya. 
Tatabahasa15.04.2021
Tuan 'Ir.' bagi Engineers kalau 'Engr' untuk apa atau dimana boleh kita pakaiIr. ialah kependekan kepada insinyur, iaitu jurutera. Tidak ada penggunaan Engr.  Lain-lain07.05.2008
Bagaimanakah penulisan 'Short Form' untuk Jurutera 'Engineer' dalam Bahasa Melayu? Contoh: Ir. Mohd Salaim bin Ali Adakah betul penggunaan (Ir.) tersebut?

'Ir.' ialah kependekan 'Insinyur' (Jurutera). Penggunaan Ir. dalam contoh yang diberikan adalah betul.

Lain-lain08.10.2008
saya keliru dengan jawatan-jawatan yang ada dalam bidang kejuteraan. kadang-kadang saya jumpe mengunakan istilah Ir seperti Ir Abdul Halim. Kadang-kadang saya jumpa Sr seperti Sr Izam Bakar. Apakah makna disebalik istilah Ir dan Sr? Adakah istilah Ir dan Sr diterima dalam bahasa Melayu?Dalam Kamus Dewan edisi keempat, Ir ialah singkatan untuk insinyur yang bermaksud jurutera. Sr. tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, setelah merujuk dalam Internet, Sr adalah daripada perkataan "surveyor" yang bermaksud juruukur. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang perkara ini, tuan boleh merujuk kepada Jabatan Kerja Raya.Makna10.03.2013

Kembali ke atas