Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.skrip.si] | اينسکريڤسي

Definisi : sesuatu (kata, ungkapan, lambang, dsb) yg ditulis atau diukir pd permukaan sesuatu (tugu, duit syiling, dll), prasasti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
inskripsi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tulisan, suratan, prasasti, turisan, epigraf.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAILENDRA

SAILENDRA, kerajaan di Jawa Tengah, Indonesia.  Nama Sailendra muncul dalam beberapa buah inskripsi.  Inskripsi yang tertua yang menyebut nama Sailendra sebagai Salendramah ialah inskripsi Sojomerto (725M).  Inskripsi Kalasan (778M), pula menyebut Sailendragurubhis, Sailendravansatilakasya dan Sailendra Rajagurubhis.  Sementara dalam inskripsi Kelurak (782M), Sailendra disebut sebagai Sailendrvansatilakena, inskripsi Abhayagirivihara (792M), menyebut Dharmmatungadevasysailendra, dan inskripsi Kayumwunan (824M) menyebut Sailendra Vansatilaka.  Di luar Indonesia, antara inskripsi yang menyebut Sailendra ialah inskripsi Nalanda (860M), inskripsi Ligor (775M) dan inskripsi Chola (1025M).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KOTA KAPUR

KOTA KAPUR, tempat inskripsi batu bersurat pada abad ke-7 M. Kota Kapur ialah sebuah kampung kecil di kecamatan Mendo Darat, kabupaten Pulau bangka, Propinsi Sumatera Selatan. Pada zaman penjajahan Belanda, Pulau Bangka merupakan residensi tersendiri. Di Kota Kapur, J.K. van der Meulan menjumpai inskripsi yang ada kaitannya dengan sejarah Sriwijaya. Inskripsi ini merupakan salah satu daripada lima buah inskripsi kutukan yang dibuat oleh Dapunta Hyang, Raja Sriwijaya. Inskripsi ini dipahatkan pada sebuah batu berbentuk tugu bersegi dengan ukuran 177 cm tinggi dan 32 cm lebar dan 19 cm pada bahagian puncak. Inskripsi ini ditulis dalam bahasa Melayu kuno huruf Pallawa. Orang pertama yang mengkaji inskripsi ini ialah Prof. Dr. H. Kern, seorang arkeologi. Pada mulanya dia menganggap Sriwijaya nama seorang raja. Melalui Dr. Coedes, barulah diketahuinya Sriwijaya ialah sebuah kerajaan di Sumatera pada abad ke-7 M. Isi yang tercatat pada inskripsi itu ialah:

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
EPITAF

Epitaf ialah tulisan pada batu nisan atau inskripsi

lain sebagai ingatan kepada orang yang sudah

mati.

UMUM 
SABUKINGKING

SABUKINGKING, tempat penemuan inskripsi Telaga Batu.  Sabukingking ialah sebuah pulau yang terletak di Sumatera Selatan, Indonesia.  Inskripsi Telaga Batu tanpa tarikh telah dijumpai di sebelah barat Sabukingking.  Inskripsi ini memberi gambaran bagaimana kerajaan Sriwijaya ditadbir, dan hubungan antara Orang Laut dengan raja-raja Sriwijaya.  Sabukingking dikatakan sebagai pusat pemerintahan kerajaan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TELAGA BATU

TELAGA BATU, tapak arkeologi yang penting dalam sejarah kerajaan Sriwijaya. Di sinilah ditemui inskripsi Telaga Batu, yang memberi gambaran tentang bagaimana kerajaan atau kedatuan Sriwijaya diperintah dan juga keadaan organisasi pemerintahan, serta cara keamanan dan perpaduan dikekalkan. Ia merujuk kepada sebuah perigi batu yang tidak diketahui umurnya dan terletak di bahagian barat sebuah kawasan yang kelihatan seperti sebuah pulau empat persegi dan dikenal dengan nama Sabukingking, 300 m dari Gedung Suro iaitu satu lagi tapak bersejarah di Palembang. Pada awal abad ke-20, telah ditemui sebuah prasasti yang penting kepada sejarah Sriwijaya. Prasasti tersebut dikenal dengan nama inskripsi Telaga Batu. Walaupun tidak ada tarikh, namun secara perbandingan dengan inskripsi Sriwijaya yang lain, dipercayai inskripsi itu dibuat pada akhir abad ke-7 M.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MATARAM

MATARAM, kerajaan di Jawa Tengah, Indonesia.  Sejarahnya dapat dibahagikan kepada dua tahap utama iaitu pra-Islam dan Islam.  Bukti kewujudan kerajaan Mataram terdapat dalam beberapa buah inskripsi.  Inskripsi yang terawal dijumpai di dalam Candi Siva di Canggal, di bahagian timur laut Candi Borubodur, Jawa Tengah, yang bertarikh 732 M.  Tulisan inskripsinya dalam bahasa Sanskrit.  Maklumat yang terkandung dalam inskripsi tersebut adalah tentang Raha Sanjaya Mataram mendirikan sebuah ‘lingga’ di Kunjarakunja iaitu di Jawa Tengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
TALANG TUWOTALANG TUWO, tempat penemuan inskripsi tentang kerajaan Sriwijaya.  Tempat ini terletak 6 km dari kedukaan Bukit, Palembang, Sumatera Selatan.  Sebuah inskripsi yang mengandungi 14 baris tulisan mengenai pemerintah Sriwijaya mengatakan bahawa pada tahun 684 M. kuasa Sriwijaya telah diperluaskan ke tenggara dan Sumatera. SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SRIWIJAYA

SRIWIJAYA, kerajaan Melayu-Buddha di Sumatera pada abad ke-7 M.  Kerajaan ini berpusat di Palembang.  Antara tahun 671 M. hingga 695 M.  Sriwijaya berjaya mengembangkan pengaruhnya di kerajaan-kerajaan di Selat Melaka berdasarkan penemuan prasasti Sriwijaya yang terdapat di Palembang, Bangka, Karang Brahi dan Palas Pasemah yang bertarikh 683/684 M.  Pada tahun 776 M. kuasa Sriwijaya dipercayai sampai ke selatan Thailand sehingga ke Chaiya dengan merujuk prasasti Ligor.  Antara kerajaan yang ditaklukinya ialah Chieh-cha, Pan-pan, Langkasuka dan Takuapa.  Pada abad ke-9 M. Sriwijaya menjalin hubungan keluarga dengan dinasti Sailendra yang memerintah di Jawa Tengah.  Bukti hubungan kekeluargaan ini dapat dirujuk kepada prasasti Ligor, inskripsi Leiden dan inskripsi Chola.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas