Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.skrip.si] | اينسکريڤسي

Definisi : sesuatu (kata, ungkapan, lambang, dsb) yg ditulis atau diukir pd permukaan sesuatu (tugu, duit syiling, dll), prasasti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
inskripsi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tulisan, suratan, prasasti, turisan, epigraf.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inscriptioninskripsiPerubatanTiadaInskripsi: Bahagian preskripsi yang menyatakan nama ubat dan jumlah dosnya.
abklatschabklatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah untuk mendapat salinan bacaan yang terdapat pada permukaan batu bersurat atau inskripsi. Terdapat tiga kaedah yang biasa digunakan. Pertama, dengan menggunakan kertas katella iaitu permukaan inskripsi yang telah dibersihkan akan ditekan dengan menggunakan kertas katella secara lembut sehingga tidak meninggalkan sebarang gelembung udara. Kaedah ini diulangi sebanyak enam hingga tujuh kali dengan setiap lapisan disirami air dan dikeringkan di bawah sinaran matahari sehingga kertas tersebut mudah ditanggalkan. Kaedah kedua, dengan menggunakan getah sintetik. Permukaan tulisan dibersihkan dengan air dan dituangkan getah sintetik, kemudiannya dilapisi lagi sehingga tulisan boleh dibaca. Getah ini dibiarkan kering agar mudah ditanggalkan. Kaedah ketiga, dengan menggunakan pelekat. Bahan pelekat ini perlu dipastikan tidak mengandungi kapur agar tidak merosakkan permukaan inskripsi tersebut. Abklatsch berasal daripada perkataan bahasa Belanda yang bermaksud abklat. Sinonim tekapan.
inscriptioninskripsiPerubatanTiadaBahagian preskripsi yang menyatakan nama ubat dan jumlah dosnya.
cuneiform inscriptionsuratan pepakuSejarahTiadaInskripsi berbentuk baji atau pepaku pada kepingan tanah liat lahir dalam tamadun Mesopotamia tentang pelbagai bahasa awal bertarikh lebih kurang 3000 - 1000 sm.
chronogramkronogramPerpustakaanTiadaRentetan frasa atau inskripsi yang terdiri daripada beberapa huruf yang boleh dibezakan melalui saiz atau bentuk lain yang dikemukakan melalui nilai angka sesuatu tarikh atau zaman.
association booknaskah pertalianPerpustakaanTiadaNaskhah yang mempunyai inskripsi autograf atau nota-nota oleh pengarang atau yang berkaitan rapat dengan orang terkenal yang memilikinya, atau kepunyaan seseorang yang berkaitan dengan kandungan buku tersebut.
palaegraphypaleografiKesusasteraanTiadaKajian tentang tulisan kuno. Kajian biasanya dilakukan pada inskripsi, terutamanya pada batu bersurat, batu nisan, dan bahan manuskrip lama. Kajian juga melibatkan percubaan untuk membaca tulisan purba bagi menentukan tarikh, asal-usul dan ketulenannya.
classical epigrapherahli prasasti klasikSejarahTiadaOrang yang merupakan ahli dalam kajian tulisan atau inskripsi lama.
palimpsestpalimpsesKesusasteraanTiadaSekeping bahan tulisan seperti kulit yang dipadamkan tulisannya yang awal. Bahan tulisan ini digunakan semula sehingga sering kali berlaku inskripsi yang bertindan atau berlapis kerana tulisan awalnya tidak dipadamkan sepenuhnya. Keadaan ini berlaku kerana bahan tulisan amat mahal dan sukar diperoleh. Kini, istilah ini merujuk kepada sesebuah karya sastera yang mempunyai banyak lapis makna.

Kembali ke atas