Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ilham, bisikan hati: dr mana ia mendapat ~ menulis rencana ini?; sesuatu hasil sastera tidak lagi dianggap sbg suatu hasil ~ atau ilham belaka; berinspirasi mempunyai inspirasi: kita memohon bantuan drpd orang yg celik akal yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg menggerakkan hati utk mencipta sesuatu (hasil seni dll); ilham. berinspirasi mempunyai inspirasi. menginspirasi menimbulkan inspirasi. menginspirasikan menjadikan sbg inspirasi: Projek itu diinspirasikan oleh Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inspirasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :ilham


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHANKAR, RAVI

Shankar, Ravi (1920 – ), ahli muzik India yang

terkenal di seluruh dunia kerana petikan sitarnya

yang penuh inspirasi (lihat Sitar ).

UMUM 
RAUSCHENBERG, ROBERT

Rauschenberg, Robert (1925– ) ialah ahli

seni lukis Amerika yang menjadi masyhur kerana

percubaannya dengan berbagai-bagai bahan,

teknik, media, dan gaya. Usahanya mengkaji dan

mewujudkan bentuk ekspresi yang baru memberi

inspirasi kepada ramai pelukis.

UMUM 
GAYA NEOKLASIK

Gaya neoklasik ialah gaya reka bentuk yang menggunakan inspirasi daripada seni dan seni bina klasik Yunani dan Rom.

KEJURUTERAANKonsep
SUNGAI RHÔNE

Sungai Rhône ialah jalan air komersial yang

penting di Perancis. Sungai ini masyhur kerana

keindahan lembahnya. Hulu sungai ini bermula di

glasier Rhône di Switzerland, di paras ketinggian

melebihi 1500 meter. Tanah liat glasier yang

dibawa oleh sungai ini dari Pergunungan Alps

Switzerland membuatkan air Sungai Rhône hampir

keruh. Tetapi semasa aliran sungai ini melalui Tasik

Geneva, ia kehilangan kebanyakan tanah liat glasier

di dasar tasik itu. Warna biru jernih air sungai ini

selepas ia meninggalkan Tasik Geneva, memberi

inspirasi kepada pemuisi Inggeris, Lord Byron,

untuk memerikannya sebagai “deruan biru Rhône

yang meluru seperti anak panah.”

UMUM 
EPIK MELAYU

EPIK MELAYU, cerita tentang kewiraan atau kepahlawanan tokoh utama yang istimewa bagi bangsa Melayu. Epik selaunya digubah dalam bentuk puisi naratif yang panjang dengan menitikberatkan unsur kepahlawanan tokoh utamanya yang dicampuradukkan dengan unsur mitos, legenda, dongeng, dan cerita sejarah. Epik juga biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesuatu bangsa, bahkan epik merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dengan kata lain, tumpuan penceritaan sebuah epik adalah  kepahlwanan wiranya. Sifat dan perlakuan yang bercirikan kepahlwanan sangat diutamakan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran untuk membuktikan kehandalannya dan masyarakat dapat pula menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

SASTERAPenerbitan
STEINBECK, JOHN

Steinbeck, John (1902–1968) ialah pengarang

Amerika yang menerima Hadiah Nobel tahun 1962

bagi kesusasteraan. Fiksyen Steinbeck yang paling

terkenal membawa pembaca menyelami perit jerih

perjuangan hidup orang miskin. Novelnya yang

paling terkenal, The Grapes of Wrath (1939)

memenangi Hadiah Pulitzer 1940. Novel itu

mengisahkan tentang sebuah keluarga petani miskin,

iaitu keluarga Joads dari Oklahoma, yang berhijrah ke

California untuk mencari kehidupan yang lebih baik

ketika Zaman Kemelesetan pada tahun 1930-an.

Steinbeck berjaya menggambarkan dengan berkesan

bagaimana perit jerih perjuangan sebuah keluarga

mencerminkan kesengsaraan hidup rakyat di seluruh

negara. Melalui inspirasi Jim Casy, seorang pengurus

tenaga buruh, keluarga Joads mengetahui bahawa

orang miskin perlu bekerjasama untuk hidup.

UMUM 
MUSE

Muse ialah sembilan dewi seni dan sains dalam

mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani,

mereka ialah anak perempuan Zeus, raja dewa,

dan Mnemosyne, dewi ingatan. Setiap Muse

memerintah sesuatu seni atau sains. Calliope ialah

Muse puisi epik; Erato, puisi cinta; Euterpe, puisi

lirik; Melpomene, tragedi; Thalia, komedi; Clio,

sejarah; Urania, astronomi; Polyhymnia, lagu

kudus; dan Terpsichore, tarian.

Orang Yunani percaya dewi-dewi ini tinggal di

atas gunung Olympus dengan ketua mereka, dewa

Apollo. Muse ini sama seperti ketua mereka,

sentiasa muda dan cantik. Mereka boleh melihat ke

masa hadapan, yang tidak ramai dewa lain boleh

buat. Mereka juga mempunyai kebolehan

menghilangkan rasa sedih dan duka. Muse

mempunyai suara yang menyenangkan, merdu dan

selalu menyanyi sebagai koir. Penulis dan pelukis

awal Yunani memanggil Muse untuk inspirasi

sebelum memulakan kerja. Mana-mana satu atau

semua Muse ini boleh dipanggil untuk

mendapatkan bantuan, walaupun setiap seorang

mengawal seni atau sains yang khusus.

Dewi-dewi ini memainkan peranan penting

dalam mitologi Rom, walaupun Pemujaan Muse

oleh orang Rom adalah dipinjam daripada orang

Yunani. Orang Rom percaya bahawa Jupiter, raja

dewa mereka, adalah bapa Muse.

Beberapa perkataan berasal daripada perkataan

Yunani, Mousa bermakna Muse. Ia termasuk

museum , yang asalnya bermakna kuil Muse; dan

music , yang bermakna seni Muse.

UMUM 

Kembali ke atas