Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.sti.tu.si] | اينستيتوسي

Definisi : 1. badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; ~ kewangan bank dsb; ~ pengajian tinggi universiti atau maktab; 2. sesuatu (spt agama, ciri-ciri budaya, dll) yg sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dlm masyarakat dll: ~ pawang, bomoh, atau dukun sudah ada dlm budaya Melayu berabad-abad lamanya; penghuraian terhadap ~ agama Islam; menginstitusikan menjadikan (sbg suatu) institusi, menjadikan sesuatu berakar umbi atau kukuh dlm masyarakat dll: berpunca drpd keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan wanita, lalu diinstitusikan; keinstitusian yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb; penginstitusian perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau organisasi: kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yg memungkinkan ~ kaedah sains. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.sti.tu.si] | اينستيتوسي

Definisi : badan yg melaksanakan tugas yg bersifat am.. ~ pengajian tinggi universiti dsb (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
institusi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :organisasi


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
institusi kewanganfinancial institutionInstitusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti simpanan, pelaburan, dan pinjaman wang. Lihat ContohSekolah Rendah
bankbankInstitusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan. Lihat ContohSekolah Rendah
pinjamanloanWang pembiayaan untuk sesuatu tujuan yang diterima daripada institusi kewangan dan dikenakan faedah. Pinjaman biasanya akan dibayar secara ansuran. Pinjaman dikenali juga sebagai hutang.Sekolah Rendah
faedahinterest1. Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank. 2. Bayaran tambahan kepada institusi kewangan yang perlu dibayar apabila seseorang meminjam wang dalam tempoh tertentu.Menengah Atas

Kembali ke atas