Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
institusi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :organisasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah satu yang betul? Boleh berikan contoh ayat? 1. Institusi kekeluargaan 2. Institusi keluarga"Keluarga" bermaksud sanak saudara, manakala "kekeluargaan" ialah "hal yang berkaitan dengan keluarga" atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu frasa yang betul ialah "institusi kekeluargaan".Tatabahasa30.10.2014
Salam Tahun Baharu, 1. Apakah beza frasa 'institusi keluarga' dan 'institusi kekeluargaan'? 2. Maksud 'post-mortem' dalam terjemahan BM, apa? 3. Maksud 'band', 'deskriptor', dan 'evidens' dalam terjemahan BM, apa? 4. Pakar IT mengatakan bahawa istilah 'laman sesawang' adalah tidak tepat untuk merujuk kepada 'laman web'. Pendapat tuan? 5. Kata 'diam' dan 'istirahat' tergolong dalam kata apa? 6. Bagaimanakah cara untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen 'untuk'? Sekian, terima kasih.1. Keluarga bermaksud sanak saudara, manakala kekeluargaan ialah hal yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu, frasa yang betul ialah institusi kekeluargaan.
2. Perkataan post-mortem diterima pakai dalam konteks pemeriksaan dan pembedahan mayat untuk menentukan sebab-sebab kematian, manakala dalam konteks yang berbeza post-mortem diterjemahkan kepada pascanilai bagi mendapatkan maklumat untuk dibuat penambahbaikkan setelah sesuatu projek dilaksanakan. 
3. Band diterjemahkan kepada kumpulan, descriptor ialah penerang, dan evidence ialah bukti atau keterangan. Untuk maklumat lanjut rujuk www.prpm.dbp.gov.my
4. Laman sesawang' ialah pilihan lain kepada istilah 'laman web'. Ketepatan istilah ini telah dibincangkan oleh pakar bidang dan dipersetujui. Dalam pelaksanaan pengguna boleh memilih salah satu daripadanya. 
5. Diam dan istirahat ialah kata kerja 
6. Contoh ayat komplemen ialah Cikgu itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 253.
Tatabahasa13.01.2013
Soalan pertama: Apakah definisi Institusi? Soalan Kedua: Apakah yang dimaksudkan dengan "Institusi" yang bertanda bintang (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP, dan apakah yang patut ditulis pada ruangan tersebut? Agak membingungkan bagi pendaftar baru di kalangan orang awam. Terima Kasih.

Institusi bermaksud:

1. Badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu. Contohnya, institusi kewangan bank, institusi pengajian tinggi universiti atau maktab dan sebagainya.

2. Sesuatu seperti agama, ciri-ciri budaya dan lain-lain yang sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dalam masyarakat. Contohnya, institusi pawang, bomoh atau dukun yang sudah ada dalam budaya Melayu sejak berabad-abad lamanya.

 

Institusi yang bertanda (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP bermaksud seseorang pelanggan/pengguna itu daripada badan atau organisasi mana. Contohnya, institusi kewangan, institusi pengajian tinggi, maktab, pelajar sekolah, pekerja swasta dan sebagainya.
Lain-lain12.02.2021
Assalamu'alaikum saya wan ahsani pelajar daripada UKM Bangi.Saya ingin bertanya apakah perbezaan penggunaan istilah institusi pengajian tinggi Malaysia dengan institusi Pengajian Tinggi di Malaysia?Mengapakah menggunakan perkataan 'Pengajian Islam" contoh Fakulti Pengajian Islam tetapi bukan Pendidikan Islam? terima kasih atas segalanya1. Kedua-dua- frasa "institusi pengajian tinggi Malaysia" dengan "institusi Pengajian Tinggi di Malaysia" sama sahaja maknanya.
2. Pengajian bermaksud penyelidikan yang mendalam atau terperinci dan pendidikan ialah perihal mendidik. Oleh itu, Fakulti Pengajian Islam ialah frasa yang betul kerana pengajian di peringkat yang lebih tinggi lebih mendalam dan terperinci.
Tatabahasa18.04.2013
adakah SISTEM KEKELUARGAAN DAN INSTITUSI KEKELUARGAAN sama maksudnya...?Oleh sebab tuan bertanyakan tentang definisi atau maksud "Sistem dan Institusi", maka dilampirkan makna kedua-dua perkataan ini berdasarkan Kamus Dewan:sistem 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ Manakala maksud Institusi ialah badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; Secara harafiahnya, sistem Kekeluargaan dapat disimpulkan merupakan peraturan/kaedah manakala Institusi merujuk badan atau organisasi.Lain-lain28.07.2007
1. bahasa pengantar atau bahasa penghantar 2. institut pegajian tinggi atau institusi pengajian tinggi1. Dalam Kamus Dewan penghantar sama maksudnya dengan pengantar, iaitu sesuatu (bahasa) yang digunakan untuk menyampaikan maklumat. Walau bagaimanapun lazimnya frasa bahasa pengantar yang digunakan.
2. Frasa yang betul ialah institusi pengajian tinggi.
Tatabahasa30.10.2012
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih.

1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun.

2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.

3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia.

4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya.

Tatabahasa12.08.2009
1. APAKAH DIA AYAT MUDAH? 2. APAKAH DIA KATA NAMA AM TAK HIDUP INSTITUSI?Ayat mudah yang lengkap ialah ayat yang mempunyai subjek dan predikat.


Kata nama am tak hidup merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna am. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 99-100.
Tatabahasa08.01.2015
Salam tuan/puan, Saya mempunyai kekeliruan untuk membezakan kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) dengan kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK). Ya, saya sudah merujuk tatabahasa dewan. Tetapi, 0aya masih kurang jelas. Adakah KNATHI bermaksud kesemua contohnya mesti hadir selepas 'daripada' dan 'kepada'? Jika ayat begini, adakah salah? 1. Mereka pergi ke pejabat pendaftaran untuk membuat kad pengenalan baharu. 'Pejabat pendaftaran' dalam ayat itu dikira KNATHI atau KNATHBIK? Bukankah pejabat pendaftaran dikira sebagai satu organisasi/badan yang menguruskan bahagian pendaftaran negara dan sebagainya? Tetapi, dalam ayat itu digunakan KSN 'ke' bukan 'kepada'. Jadi, bagaimana? Penting bagi saya untuk tuan/puan jelaskan dengan terperinci. Saya merupakan penulis buku. Jadi, jika salah maklumat yang diberikan/keliru, maka salah juga maklumat yang akan diterima pembaca. Terima kasih.

Pengelasan kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) dan kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK) diterangkan dengan jelas dalam Tatabahasa Dewan halaman 99-100. KNATHI dikenal pasti melalui kehadiran kata sendi nama (KSN) kepada dan daripada sebelum KNATHI, manakala KNATHBIK didahului oleh KSN ke dan dari.

 (1) Sumbangan buku iti telah diserahkan kepada sekolah (sekolah ialah KNATHI)

 (2)Kebanyakan murid berbasikal ke sekolah (sekolah ialah KNATHBIK)

Kata sekolah dalam ayat (1) menjadi KNATHI kerana didahului kepada, kata sekolah dalam ayat (2) menjadi KNATHBIK kerana didahului ke.

Yang penting perlu difahami bahawa KNATHI merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna am manakala KNATHBIK konkrit sifatnya dan kebanyakkan KNATHBIK merujuk tempat.

Tatabahasa19.11.2014
MINIT MESYUARAT 1) Bagi institusi pendidikan,siapa yang perlu menandatangani ruangan 'Disemak oleh' dan Disahkan oleh" 2) Bagaimana untuk menulis agenda di dalam minit yang tidak berkotak? Kebiasaannya saya akan tulis 'AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT' Adakah betul penggunaan perkataan AGENDA?Bergantung kepada gaya penulisan jabatan masing-masing, ada minit mesyuarat jabatan menyediakan ruangan Disediakan oleh - Pencatat Minit, Disemak oleh - pegawai kanan dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Ada jabatan yang menyediakan ruang Disediakan oleh - Pencatat Minit dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Berkaitan dengan seterusnya hal tersebut juga bergantung pada gaya penerbitan atau gaya penulisan dalaman sesebuah organisasi. Format minit bagi setiap  mesyuarat  masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Lain-lain05.01.2012
123456789

Kembali ke atas