Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
institusi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :organisasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN  Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand.  Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok.  Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi.  Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab.  Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia.  Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi.  Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan ‘bahasa Melayu’ sebagai ‘Bahasa Jawi’ dalam perlembagaannya.

BAHASAInstitusi/Organisasi
SURUHANJAYA REIDKapsyen1">          :1">           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SURUHANJAYA COBBOLDKapsyen1">          :1">           Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah)

 

SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia.  Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962.  Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu.  Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962.  Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SURUHANJAYA PILIHAN RAYAKapsyen1">          :1">           Mengundi sebagai satu simbol demokrasi

 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KESATUAN MELAYU MELAKA

1.7pt; mso-ansi-language: MS">KESATUAN MELAYU MELAKA1.7pt; mso-ansi-language: MS">, persatuan politik nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Melaka pada tahun 1927. Pemimpinnya terdiri daripada guru sekolah Melayu dan pegawai rendah kerajaan. Salah seorang pemimpin aktif kesatuan ialah Haji Talib Karim, Ketua Menteri Melaka (1970-an). Guru merupakan tenaga pemimpin yang utama di Melaka, kerana di Melaka tidak terdapat golongan pembesar tradisional seperti negeri Melayu yang lain. Sistem feudalisme Melayu telah hilang di Melaka sejak penjajahan Portugis pada tahun 1511. Akibatnya, sistem feudalisme atau tradisional masyarakat Melayu yang bermula di Melaka pada abad ke-15 telah berkembang ke negeri lain yang muncul selepas kejatuhan empayar Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PENERBIT ABBAS BANDUNG

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBIT ABBAS BANDUNG, penerbit buku sastera dan buku-buku lain di Melaka.  Penerbit Abbas Bandung merupakan salah satu institusi penerbit bumiputera yang pertama dan tunggal di Melaka selepas kemerdekaan.  Buku-buku sastera yang diterbitkan oleh Penerbit Abbas Bandung mendapat pasaran yang amat meluas sehingga Sabah, Sarawak dan Brunei.  Penerbit Abbas Bandung telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan dan bahasa Melayu.  Antara pengarang Indonesia yang mendapat tempat di Penerbit Abbas Bandung ialah Hamka, Achdiat K. Mihardja dan Pramoedya Ananta Toer.

SASTERAPenerbitan
PENANG FREE SCHOOL

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENANG FREE SCHOOL, sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu.  Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1816, di Love Lane, oleh R.S. Hutchings.  Penubuhan Penang Free School mendorong pentadbir British menubuhkan sekolah Inggeris yang lain di Negeri-Negeri Selat.  Pada tahun 1826, Malacca Free School ditubuhkan, diikuti oleh Singapore Free School (1834).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENTADBIRAN Islam DI Malaysia, pengurusan hal ehwal yang berhubung dengan agama Islam yang meliputi bidang akidah, ibadah, pendidikan agama, undang-undang keluarga, kepimpinan agama, dakwah dan akhlak umat Islam di negara ini.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).  LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah.  PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti.  Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam.  Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil.  Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PENTADBIRAN ISLAM DI SINGAPURA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENTADBIRAN Islam DI SINGAPURA, sistem pentadbiran mengenai hal ehwal agama Islam di Singapura.  Sebelum kemerdekaan Singapura pada tahun 1965, sistem pentadbiran agama Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh.  Tahap keberkesanannya juga gak terhad.  Pada masa itu, terdapat dua badan utama yang menguruskan pentadbiran tentang hal ehwal agama Islam iaitu Muslim and Hindu Endowments Board (1906) dan Muslim Advisory Board (1915). Walau bagaimanapun, kedua-dua badan ini hanya mampu menggariskan sistem pentadbiran agama secara umum.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
12345

Kembali ke atas