Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
institusi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :organisasi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bank1. institusi yg menawarkan perkhidmatan kewangan spt jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman, dan terimaan bil pertukaran: menyimpan wang di sebuah ~ tempatan; 2. bekalan, simpanan atau rizab utk kegunaan pd masa depan atau apabila diperlukan: ~ data; ~ mata; ~ darah; ~ asing bank yg beroperasi di negara lain selain negara asal tempat bank tersebut diperbadankan; ~ darah tempat menyimpan darah utk kegunaan di hospital dsb; ~ data pusat pengumpulan dan penyimpanan pelbagai sumber data; B~ Dunia = B~ Antarabangsa utk Pemulihan dan Pembangunan bank yg menjamin pinjaman atau memberi pinjaman kpd negara anggota (utk pemulihan dan pembangunan ekonomi); ~ eksport-import bank yg memberi atau menjamin pinjaman utk perdagangan antara negeri sendiri dgn negeri-negeri lain; ~ Islam bank yg urus niaga kewangan dan pengagihan dananya berdasarkan syariat Islam; ~ jurubank bank yg berperanan sbg jurubank kpd sekumpulan bank lain di sesebuah kawasan; ~ kerajaan bank yg menjalankan tugasnya mengikut undang-undang negeri-negeri di Amerika Syarikat; ~ konsortium sekumpulan bank yg bergabung utk memberikan pinjaman jangka sederhana dlm jumlah yg besar, biasanya bagi keperluan pelanggan antarabangsa; ~ koperasi bank yg dimiliki oleh ahli yg menerima deposit, menawarkan khidmat pinjaman dan membayar faedah kpd ahli tersebut; ~ luar pesisir bank asing yg beroperasi di sesebuah negara dgn menikmati pengecualian cukai drpd negara berkenaan, mis bank luar pesisir di Labuan; ~ mata pusat simpanan kornea dan selaput tetuban utk tujuan pemindahan kornea mata; ~ negara = ~ pusat bank yg mengawasi perjalanan ekonomi negara dgn cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan (import-eksport wang dll) dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank lain; ~ pembangunan bank yg menguruskan dana kerajaan dan badan berkanun utk diberikan pinjaman kpd pelbagai sektor penting bagi menjana pembangunan negara; ~ perdagangan bank yg menyimpan wang orang ramai dll serta memberi pinjaman dgn mengenakan bayaran faedah; ~ pertanian bank yg ditubuhkan khusus utk membantu para petani mendapatkan bantuan kewangan utk memulakan atau menjalankan kegiatan atau perusahaan pertanian; ~ saudagar bank yg memberi perkhidmatan (spt memberi pinjaman dsb) kpd badan dan perniagaan sahaja; ~ simpanan bank yg menerima deposit dan membayar faedah terhadap simpanan; perbankan aktiviti yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank: sistem ~ Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
institusi1. badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; ~ kewangan bank dsb; ~ pengajian tinggi universiti atau maktab; 2. sesuatu (spt agama, ciri-ciri budaya, dll) yg sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dlm masyarakat dll: ~ pawang, bomoh, atau dukun sudah ada dlm budaya Melayu berabad-abad lamanya; penghuraian terhadap ~ agama Islam; menginstitusikan menjadikan (sbg suatu) institusi, menjadikan sesuatu berakar umbi atau kukuh dlm masyarakat dll: berpunca drpd keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan wanita, lalu diinstitusikan; keinstitusian yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb; penginstitusian perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau organisasi: kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yg memungkinkan ~ kaedah sains.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelabur1. orang yg melabur (menanam modal); 2. bekalan makanan (wang dll); ~ asing individu atau syarikat dr luar negara yg melaburkan modalnya dlm sesuatu perniagaan dsb; ~ institusi (Eko) institusi atau organisasi yg mengumpul dan mengurus dana drpd orang ramai utk tujuan pelaburan secara besar-besaran dlm pasaran saham dsb; ~ runcit (Eko) pelabur individu yg jumlah pelaburan­nya sangat kecil (hanya beberapa lot saham dsb); ~ habis Palembang tak alah prb perbuatan yg sia-sia.Kamus Dewan Edisi Keempat
deposit(déposit) 1. simpanan wang di bank atau institusi yg serupa; ~ tetap simpanan wang yg tertentu lamanya (atau utk jangka masa yg ditetapkan) dgn mendapat bayaran faedah; 2. wang yg disimpan di bank atau institusi yg serupa; mendepositkan menyimpan wang di bank atau institusi yg serupa utk mendapatkan faedah atau utk keselamatan; pendeposit penyimpan wang di bank: pekerja yg diberhentikan kerja mempunyai hak yg sama spt ~ CCB.Kamus Dewan Edisi Keempat
maktab1. tempat belajar (menulis dll), seko­lah; 2. tempat tulis-menulis, pejabat; 3. seko­lah atau institusi utk ilmu khas (spt ilmu perguruan, pertanian, teknik, dll), kolej: ~ perguruan bahasa; ~ pertanian; ~ teknik; 4. institusi pendidikan tinggi; M~ Turus Ang-katan Tentera pusat latihan utk pegawai tinggi tentera.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengajian1 perbuatan atau hal mengaji. 2 cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. ~ jarak jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kajian1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian;Kamus Dewan Edisi Keempat
organ I1. alat dlm tubuh (manusia, binatang, tum­buhan) yg mempunyai tugas yg penting; 2. institusi (badan dsb) yg melaksanakan se­suatu bidang tugas dan tanggungjawab: tiga ~ asas negara – eksekutif, legislatif dan ke­ha­kim­an menjalankan tugas secara ber­asingan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemfaktoran1. (Eko) kaedah mengambil alih risiko hutang yg belum dibayar dgn mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu (biasanya oleh institusi kewangan); 2. (Mat) perbuatan mencari faktor kpd sesuatu nombor.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengajian1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas