Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.sti.tut] | اينستيتوت

Definisi : organisasi yg ditubuhkan utk tugas tertentu spt pendidikan, penyelidikan saintifik, dll: I~ Tadbiran Awam; I~ Teknologi Mara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.sti.tut] | اينستيتوت

Definisi : persatuan atau pertubuhan yg ditubuhkan utk tujuan tertentu (biasanya utk kemajuan pelajaran, kemahiran dsb): ~ Teknologi Mara; ~ Tadbiran Awam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
institut
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :organisasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk makluman, Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) atau dalam Bahasa Inggerisnya Maritime Training Institute (MATRAIN) adalah sebuah insitut latihan di bawah Jabatan Laut Malaysia (JLM). Dalam hal ini, JLM berhasrat untuk menggunapakai nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) memandangkan institut ini telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai ASEAN Regional Training Centre. Sebagai tambahan penggunaan nama MATRAIN adalah lebih menarik (catchy) dan ianya sebagai salah satu usaha untuk menjenamakan semula institut ini. Sejajar di atas, kerjasama dan bantuan tuan adalah dipohon untuk memberi pengesahan berhubung perkara ini sama ada penggunaan nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) boleh digunapakai atau sebaliknya. Perhatian dan maklum balas segera tuan berhubung perkara ini amat dihargai.Kami cadangkan kekalkan nama yang telah mantap Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) dan untuk tujuan antarabangsa boleh menggunakan dalam bahasa Inggeris Maritime Training Instute (MATRAIN)Lain-lain08.07.2019
Yang manakah betul INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU atau INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPEMIMPINAN MELAYUAyat yang betul ialah INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU.Ejaan19.07.2010
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajarMoto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan  semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar,  Tatabahasa27.03.2008
Terima kasih kerana menjawab soalan saya. Mengenai ' Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang', oleh sebab nama khas ini terlalu panjang, bolehkan saya pisahkannya menjadi 'Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang' untuk cap jabatan ? Jika boleh, perlukah tanda Koma selepas 'Malaysia'?

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang boleh dipisahkan tanpa koma selepas perkataan Malaysia.

Tatabahasa02.03.2009
3. Anak .................. anugerah Allah. ialah adalah merupakan 4. Beliau memiliki ijazah sarjana .............. bidang ekonomi. di dari dalam 5. ............... abad ke-20 Di Pada Dalam 6. Dia asyik termenung dari hari ke sehari. Betul Salah 7. Institut Irsyad ............. sebuah institut persendirian. ialah adalah merupakan 8. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan ... Betul SalahJawapan untuk soalan yang diberikan:
3.  Anak ialah anugerah Allah
4.  Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi
5.  Pada abad ke-20
6.  Dia asyik termenung dari hari ke sehari  -  Salah
7.  Institut Irsyad ialah/merupakan sebuah institut persendirian
8.  Keputusan yang diambil adalah berdasarkan  ...  Salah
Tatabahasa29.10.2016
PIHAK INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES), KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SEDANG DALAM PROSES MENGHASILKAN BUKU TOKOH BELIA MALAYSIA. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI MEMERLUKAN KHIDMAT PAKAR BAHASA/RUJUK UNTUK MEMBANTU DALAM PENULISAN BUKU TERSEBUT. SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. TERIMA KASIH.Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan menyemak manuskrip/buku terbitan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak tuan bercadang untuk menerbitkan buku dengan DBP, tuan boleh berhubung dengan Bahagian Buku Umum, DBP melalui talian 03-21479100/200. Lain-lain13.09.2021
Salam. Diharap pihak DBP dapat menegur pihak Institut Aminudin Baki (IAB) yang memaksa kami para pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia menggunakan istilah "Sistem Star Rating" dalam menyediakan dokumen rasmi. Ini berlawanan dengan dasar MBMMBI. Istilah ini adalah salah dalam BM dan BI.Hal ini kami ambil maklum untuk melaksanakan pemantauan dan disusul dengan nasihat dan teguran. Untuk makluman saudara, kami telah bertanyakan perkara ini kepada pihak Institut Aminudin Baki dan pihak tersebut mengakui penggunaan istilah Sistem Star Rating dalam organisasi tersebut.  Lain-lain05.04.2012
Apakah Institut Pembelajaran Pemerkasaan sesuai untuk nama dalam bahasa Melayu untuk Learning Institute For EmpowermentJawapan yang betul ialah "Institut Pembelajaran Pemerkasaan"Lain-lain25.03.2023
Saudara/Saudari mohon semak penggunaan ayat seperti surat dibawah: Prof Madya Dr Siti Halijjah Shariff Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis) Universiti Teknologi MARA Blok 8, INTEKMA Convention Centre Persiaran Raja Muda Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor Prof Madya Dr, PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI BAGI JAWATANKUASA AUDIT DARIPADA MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA) INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPSis) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya Dr adalah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit MQA Institut Pengajian Siswazah. Pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 April 2014. 3. Semoga dengan pelantikan ini Prof Madya Dr dapat memastikan persiapan sebelum, semasa dan selepas Audit daripada MQA dijalankan dengan baik dan cemerlang. 4. Diharapkan Prof Madya Dr dapat menerima amanah yang dipertanggungjawabkan dan berkhidmat demi kelestarian UiTM khasnya. Sekian, terima kasih.1. Prof Madya Dr. Siti Halijjah Shariff, Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis), Universiti Teknologi MARA Blok 8, INTEKMA Convention Centre Persiaran Raja Muda Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor. Prof. Madya Dr., PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI BAGI JAWATANKUASA AUDIT DARIPADA MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA) INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPSis). Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya Dr. dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit MQA Institut Pengajian Siswazah. Pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 April 2014.
3. Semoga dengan pelantikan ini Prof. Madya Dr. dapat memastikan persiapan sebelum, semasa dan selepas Audit daripada MQA dijalankan dengan baik dan cemerlang.
4. Diharapkan Prof. Madya Dr. dapat menerima amanah yang dipertanggungjawabkan dan berkhidmat demi kelestarian UiTM khasnya.
Tatabahasa29.04.2014
Assalammualaikum, Jabatan saya ingin membuat penjenamaan semula Majlis Penyampaian Sijil Perhutanan. Berikut adalah cadangan: 1. Majlis Graduasi Institut Latihan Perhutanan Ke-33 2. Majlis Konvokesyen Institut Latihan Perhutanan Ke-33 yang manakah lebih sesuai atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Terima kasih.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah.  Untuk makluman tuan, kata graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Majlis penyampaian sijil tidak boleh dinamakan sebagai majlis konvokesyen kerana konvokesyen untuk ijazah sahaja. Cadangan yang sesuai ialah Majlis Penyampaian Sijil Institut Latihan Perhutanan Ke-33.

Tatabahasa12.04.2019
12345678910...

Kembali ke atas