Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.su.rans] | اينسورن‌س

Definisi : perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; masuk ~ dipertanggungkan dlm insurans, mengambil insurans; ~ kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); ~ nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; ~ nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia; berinsurans mempunyai insurans: setiap barang berharga di rumahnya ~; menginsuranskan melindungi seseorang atau sesuatu drpd risiko, kerugian, dsb dgn insurans: barang-barang itu sudah diinsuranskan drpd segala risiko; penginsurans (Eko) pihak dlm kontrak insurans yg bertanggungjawab membayar tuntutan, faedah atau memberi perkhidmatan mengikut syarat kontrak insurans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.su.rans] | اينسورن‌س

Definisi : perjanjian utk membayar sebarang ganti rugi dgn bayaran tertentu oleh sesuatu syarikat dll. menginsuranskan membuat sesuatu (harta benda, nyawa dll) mempunyai insurans; mengambil insurans utk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
insurans (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan jaminan, perlindungan, polisi, sandaran, cagaran.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INSURANS NEGARA UMUM 
INSURANS KESIHATAN KEBANGSAAN UMUM 
INSURANS UMUM 
TANDA KEBAKARAN

Tanda kebakaran ialah plat logam yang

digunakan oleh syarikat insurans British yang

biasanya dipasang pada bangunan yang

diinsuranskan untuk kebakaran. Setiap syarikat

menyelenggarakan bomba masing-masing untuk

menyelamatkan harta yang diinsuranskan oleh

syarikat berkenaan. Sekiranya bomba sesebuah

syarikat insurans tiba di tempat kebakaran dan

mendapati bahawa bangunan berkenaan

diinsuranskan kepada syarikat lain, pihak bomba

tidak akan memadamkan kebakaran tersebut.

Tanda kebakaran diperbuat daripada plumbum,

kuprum atau besi. Tanda ini dipasangkan pada

bahagian hadapan bangunan yang diinsuranskan,

biasanya di antara tingkap tingkat pertama. Tanda ini

menunjukkan nama atau simbol syarikat dan banyak

tanda ini mempunyai reka bentuk yang berlebih-lebihan.

Tanda ini pertama kali digunakan pada tahun

1660-an selepas Kebakaran Besar London.

UMUM 
ANUITI

Anuiti ialah sejumlah wang yang dibayar pada

masa yang ditetapkan, biasanya sekali setahun.

Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin,

annus , yang bermaksud tahun . Polisi insurans,

wasiat, dan dokumen lain memperuntukkan anuiti.

UMUM 
KEBAJIKAN MASYARAKAT

Kebajikan masyarakat ialah program

kemasyarakatan yang membantu orang ramai

mencapai satu tahap keselesaan ekonomi yang

bersesuaian. Keselamatan sosial, juga dikenali

sebagai insurans sosial, menyediakan bantuan

kewangan untuk menggantikan pendapatan yang

hilang akibat persaraan, pengangguran, hilang

upaya atau kematian.

UMUM 
PERBONAN

Perbonan ialah satu kaedah untuk melindungi

kerajaan, individu, atau syarikat terhadap kerugian

yang disebabkan oleh ketidakjujuran atau

kegagalan pihak lain memenuhi kontrak atau

kewajipan tertentu. Bon diterbitkan melalui

penjamin dan syarikat insurans untuk tujuan

tertentu. Jenis bon yang digunakan untuk tujuan

ini termasuk bon kesetiaan, bon tanggungan dan

bon jaminan.

UMUM 
PERNIAGAAN

Perniagaan, termasuk kesemua kegiatan

pengeluaran barang dan perkhidmatan secara

komersial. Pengeluar terdiri daripada kedai kecil

yang dimiliki oleh orang perseorangan sehingga

kepada organisasi besar yang dimiliki oleh beribu-

ribu pemegang saham. Perkataan perniagaan boleh

merujuk kepada pengeluar barang atau

perkhidmatan yang sama, seperti perniagaan

pakaian , perniagaan hiburan, atau perniagaan

insurans . Perusahaan perniagaan oleh individu

juga boleh dipanggil sebagai perniagaan.

UMUM 
PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGARA

Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS –

National Health Service) ialah sistem penjagaan

kesihatan di United Kingdom (UK), yang menyediakan

perkhidmatan perubatan biayaan negara kepada

semua penduduknya. Negara-negara lain juga

mempunyai skim perkhidmatan yang sama tetapi

berbeza namanya. Perkhidmatannya yang termasuk

langkah-langkah pencegahan dan terapeutik, dan

perkhidmatan masyarakat bersekutu, dibayar

terutamanya daripada cukai umum. Tetapi warga

yang bekerja memberi sumbangan tambahan melalui

skim insurans kesihatan wajib. Doktor, jururawat

dengan lain-lain personel berada di bawah kontrak

dengan kerajaan. NHS berserta hospital, pusat

kesihatan, lain-lain kemudahan bersekutu adalah

milik awam.

UMUM 
AUTOMOBILE ASSOCIATION (AA)

Automobile Association (AA) di Britain ialah

pertubuhan permotoran terbesar di dunia. Ia

mempunyai lebih enam juta ahli. Tujuan persatuan ini

umumnya adalah untuk melindungi dan

meningkatkan minat pemandu kenderaan bermotor

dan menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh

untuk ahlinya. Perkhidmatan yang diberikan meliputi

servis kerosakan, bantuan dari segi undang-undang,

maklumat teknikal, pelan jalan, perakuan hotel, dan

sebuah buku panduan percuma. AA mengatur

insurans motor dan lain-lain, dan merupakan

penerbit utama buku berkaitan dengan perjalanan,

panduan dan peta.

UMUM 
12

Kembali ke atas